Memaparkan catatan dengan label # Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label # Motivasi. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mac 2009

Menghadapi Penolakan

Menghadapi Penolakan







Bagi seorang usahawan yang berjaya, penolakan adalah suatu yang lumrah, dan menyedari bahawa, untuk dapat jumlah jawapan ‘YA’ yang realistic, dia terpaksa bersedia dan sanggup mendengar banyak jawapan ‘TIDAK’.

Jika anda tidak mahu kepada sebarang penolakkan, saya boleh kongsikan anda dengan satu cara, bahkah inilah satu-satunya cara ‘yang pasti’. Caranya adalah dengan tidak meminta dan mengharapkan apa-apa pun daripada prospek dan bakal pelanggan anda.

Dalam erti kata yang lain, jangan membuat janji temu, dan jangan cuba berkongsi tentang faedah barangan atau bagaimana anda dapat menolong menyelesaikan masalah mereka. Dengan cara ini pastinya anda tidak dibantah. Malangnya anda juga tidak mendapat apa-apa jualan dan membina rangkaian anda.

Bagaimana saya bukan pula bermaksud, bahawa jira anda tidak suka dibantah (penolakan), maka anda harus mengelak atau meninggalkan bidang ini. Sebenarnya hampir tiada orang yang suka dengan penolakan. Mereka kadang-kadang sedikit kecewa apabila berhadapan dengan penolakan.

Namur, bagi mereka ini (usahawan yang berjaya), jawapan ‘TIDAK’ adalah sebagai tanda ‘penglibatan’. Usahawan berjaya sentiasa menyedari, sekali prospek atau bakal pelanggan mengatakan ‘TIDAK’ bukan bermakna akan kekal ‘TIDAK’ buat selamanya.

Yang pasti, lebih banyak jawapan ‘TIDAK’ akan mendekatkan kepada jawapan ‘YA’. Munkin prospek dan bakal pelanggan anda belum memahami dan yakin terhadap produk, perkhidmatan atau peluang peniagaan yang anda kongsikan.

Justeru itu, tidakkah anda terfikir, kebanyakkan mereka yang menolak (mengatakan tidak) sebenarnya ingin memahami lebih mendalam tentang produk, perkhidmatan atau peluang perniagaan yang anda ingin kongsikan.

Tidak dinafikan juga sebahagian yang menolak adalah terdiri daripada prospek yang membantah justeru, untuk menidakkan produk, perkhidmatan atau peluang untuk ’mengenakan’ anda, agar membeli produk atau perkhidamatan yang dijualnya, atau menyertai perniagaan yang mereka sedang jalankan.

Mereka juga membantah (menolak) justeru mempertahankan apa yang mereka lakukan. Sehubungan itu, cuba kenal pasti golongan ini, dan jangan terlalu menghabiskan masa dengan mereka.

Namun, jika anda berjaya menyakinkan mereka bahawa mereka harus melakukan penghijrahan demi sebuah keberhasilan yang lebih baik tidak mustahil akan berlaku, apabila mereka juga menyedari produk, perkhidmatan atau perniagaan yang mereka jalankan tidak lagi relevan. Oleh itu, anda harus melakukan susulan berterusan.

Usahawan yang dihormati,

Jangan bimbang dengan bantahan atau penolakan. Tiada bantahan yang membuat anda perlu risau. Lazimnya, sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, bantahan adalah satu penglibatan atau prospek ingnkan penjelasan. Manakala tanpa apa-apa bantahan selalunya tiada apa-apa penghasilan.

Oleh yang demikian hadapi bantahan (penolakan) dengan tenang. Kenal pasti jenis-jenisnya dan pelajari teknik-teknik menjawab bantahan. Pengalaman semasa berhadapan dengan penolakkan juga akan memberi pengalaman berguna.

Setelah anda boleh menguasai diri dan tidak berputus asa dengan sebarang penolankan, anda sebenarnya sedang menuju sebuah kejayaan.


Ikhlas,

Datuk Stapa Hj Omar & Datuk Azlina Hj Che Abdullah





- Dipetik dari InfoDCL Oktober 2008



Berminat sertai DCL? Sila hubungi atau sms 019.5706776 atau email duitcukuplumayan@gmail.com

Ahad, 1 Mac 2009

Crown Director Anizah Ibrahim

Crown Director Anizah Ibrahim

Assalammualaikum wbt.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Genap 1 bulan pecubaan saya mengambil cuti tanpa gaji selepas berkhidmat selama 14 tahun sebagai seorang Guru, alhamdulillah tidak sia-sia.

Percayalah bahawa rezeki 9 per 10 datangnya dari berniaga.

Dengen izinnya saya memperolehi pendapatan hampir sepuluh kali ganda daripada gaji yang saya terima sebelum ini.

Oleh itu dengan rasa rendah diri, wahai pejuang DCL. Ayuh, jangan tunggu lagi!

Jangan dihirau lurah yang dalam juga digentar lautan yang tetap bergelora kerana itu hukum alam.

Walau apa pun rintangan dan halangan perjuangan mesti diteruskan.

DCL adalah Wadah Perjuangan yang mampu menembus maruah dan meningkatkan ekonomi keluarga, bangsa dan agama.

Jiwa kental CA Zainal Bahri pembakar semangat saya, CA Hajah Sarina Hashim ibarat nadi saya, CA Hajah Salihah Munawir umpama jiwa saya.

Tanpa rangkaian-rangkaian dibawah, siapalah saya.

Jutaan terima kasih kepada DD Zaharah dan suami, DD Mohd Rozman dan isteri, DD Azman Taib dan yang lain-lain.

Anda semua adalah insan-insan yang telah memilih untuk berjaya dan dijayakan.

Hati terlalu terharu dan sebak terasa apabila terpancar di wajah dan terpancul kata-kata, "Kami wariskan DCL untuk para pejuang DCL seandainya kami tiada nanti". Itulah kata-kata kerama daripada kedua-dua pengasas Datuk Stapa dan Datuk Azlina. Begitu mendalam maknanya.

Restu suami tercinta, berkat doa ayah bonda pastinya laluan menjadi lebih mudah.

Anak-anak yang disayangi, “Ibu akan bawa sekalung kejayaan untuk kita rasai bersama”.

Bulatkan hati, kuatkan azam, tanamkan tekad, Allah itu Maha Adil, pasti diberi kepada yang berusaha.

Jumpa anda di Kelab Jutawan DCL

CD Anizah Ibrahim.


Maklumat diatas dipetik daripada: InfoClassic Julai 2008


[ Berminat sertai DCL? Sila hubungi / sms : 019.5706776 atau email : duitcukuplumayan@gmail.com ]

Sabtu, 28 Februari 2009

Tabuk Bakti Selagi Berupaya

Tabuk Bakti Selagi Berupaya - Crown Director Cikgu Anizah Ibrahim

Berimpian menjadi jutawan solehan, mengubah taraf hidup keluarga, menabur bakti kepada kaum sejenis terutamanya, juga agama dan bangsa meletakan Crown Director (CD) Anizah Bt Ibrahim, 39, pada kedudukan sekarang.

Ibu kepada lima cahaya mata ini jelasnya bersyukur kerana telah membuat pilihan tepat dalam hidupnya menyertai syarikat Multi-Level Marketing (MLM) unggul De Classic Life (DCL) yang hari ini telah mengubah bukan sedikit taraf kehidupan mereka sekeluarga.

“Sejarah membuktikan ramai pengedar DCL telah berjaya menjadi usahawan yang cemerlang dan bertaraf jutawan. Dan setiap manusia mempunyai kehebatan masing-masing yang dianugerahkan Tuhan. Namun ia terpulang kepada inisiatif individu terbabit untuk merebut peluang atau tidak kerana kesungguhannya kejayaan memang hak milik mereka yang gigih dan yang jelas, Allah tidak pernah zalim kepada hambanya yang mahu berusaha”.

Beliau bukanlah datang dari keluarga berada yang mewarisi pelbagai aset dan kemewahan, namun kegigihan, semangat juang dan sikap tidak mudah berputus asa kedua ibu bapanya itulah pendorong utama untuk menongkah segala kesukaran dalam arus kehidupan.

Dari seorang pendidik, beliau gigih mencari pelbagai sumber pendapatan sampingan semata untuk mengubah nasib keluarga.

Dari berniaga kecil-kecilan sehinggalah menyertai beberapa MLM yang lain sebelum diperkenalkan oleh CA Hajah Salihah Munawir dengan syarikat DCL milikan penuh 100 peratus bumiputra Islam yang mementingkan keadilan bersama dalam pelan pemasarannya.

Manakala suaminya yang kini berpangkat Diamond Director (DD) dalam DCL, Azman Taib, dikatakan telah mengambil langkah drastik dan berisiko dengan meletakkan jawatan sebagai penolong pengurus yang ketika itu pendapatan bulanan mencecah RM8 ribu, semata-mata kerana teruja dengan bonus bulanan yang konsisten diperolehi daripada wanita gigih ini.

Memasuki tahun ke-2 bergiat aktif dalam perjuangan DCL, satu persatu impian Anizah dari keluarga mula dicapai.

Kini dengan memiliki dua rumah dan kereta, Anizah jelasnya cukup yakin bahawa lebih banyak lagi impian mereka bakal dilaksanakan bersama DCL selepas ini jika mereka tidak berhenti berusaha.

Bercerita tentang rintangan jelas usahawanita gigih ini, bukan sedikit pengorbanan yang perlu dilakukan dalam perjalanan dan perjuangan untuk berada di tahap ini.

Namun, punyai suami, anak-anak dan keluarga yang memahami juga tidak pernah jemu memberi sokongan kepada beliau selama ini adalah tunjang utama kejayaan beliau hari ini.

“Kepada anda yang berminat menyertai DCL, ayuhlah. Jangan tunggu lagi kerana inilah peluang untuk anda menjana pendapatan yang lumayan dengan hati yang tenang. Lakukan dengan penuh kesabaran dan istiqamah, insya Allah jalannya luas terbentang” jelas Anizah bersungguh-sungguh mengakhiri temu ramah.


Teks oleh: Iera Yusoff

Dipetik dari Majalah MIDI keluaran Mac 2009

[ Berminat sertai DCL? Hubungi 019-570.6776 atau duitcukuplumayan@gmail.com ]

Jumaat, 27 Februari 2009

Membina impian bersama DCL


Semua manusia mengimpikan kesenangan hidup.
Kesenangan dari segi material atau disebut juga kemewahan bukanlah datang bergolek dalam sekelip mata.
Tiada jalan yang mudah untuk mengecap kemewahan melainkan berusaha bersungguh-sungguh tanpa kenal erti jemu.

Cara untuk mengecap kemewahan juga berbeza bagi setiap individu.
Walau bagaimanapun, ramai bersetuju perniagaan boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan kalau kena dengan caranya.
Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda bahawa sembilan persepuluh sumber ekonomi dijanakan daripada perniagaan.

Bagi Stapa Omar, 47, kesenangan yang dikecapi hari ini adalah hasil usahanya berbekalkan keyakinan diri yang tinggi. Menceburi bidang jualan langsung lebih 25 tahun, cukup mematangkan dirinya dalam selok belok perniagaan tersebut.

Katanya, industri jualan langsung mempunyai potensi yang besar lagi menguntungkan kalau kena caranya.

"Sebagai pengedar, tidak memerlukan modal yang besar, tapi mampu menjana keuntungan berlipat ganda bahkan boleh menjadi jutawan," katanya.

Berbekalkan pengalaman yang dikutip sebagai pengedar, pengurus kanan, perunding motivasi dan latihan di beberapa syarikat MLM serta pengalaman sebagai usahawan perniagaan konvensional, Stapa dan isterinya, Azlina Che Abdullah membina De Classic Life (M) Sdn Bhd (DCL) dengan bermodalkan RM400,000.

Bermula pada tahun 1998, DCL hanya mempunyai dua produk ketika itu iaitu gel pelangsing badan dan Habbatus Sauda.

Kini, setelah lebih tujuh tahun, Stapa yang menjadi Pengarah Urusan DCL boleh berbangga kerana syarikatnya telahpun berkembang dan mempunyai syarikat kumpulan perniagaan sendiri.

Wisma DCL berharga lebih 1 juta yang terletak di Wangsa Melawati turut membuktikan kehebatan syarikat ini. Dari modal berbayar hanya RM100,000, DCL kini mempunyai RM1 juta hingga RM2 juta untuk penyediaan barangan.

Antara syarikat yang bernaung di bawah DCL ialah D'Navechee Beauty (M) Sdn Bhd, perniagaan produk kecantikan dan kesihatan; SN Art Publishing, yang bertindak menerbit dan mencetak risalah perniagaan serta syarikat IT, Gigatronics (M) Sdn Bhd.

SN Art Publishing turut menerbitkan majalah "Montel" untuk kanak-kanak pra-sekolah dan awal persekolahan. Selain majalah umum yang lain, SN Art juga beroperasi sebagai syarikat penerbit untuk badan berkanun dan swasta.

DCL juga mempunyai kilang sendiri, De Classic Manufacturing di Bukit Beruntung dan Ukay Perdana yang menghasilkan produk-produk DCL.

Disinilah letaknya keistimewaan DCL kerana sebahagian besar produknya diproses dan dibungkus sendiri.
DCL juga melakukan pembangunan dan penyelidikan oleh saintis perunding bagi menghasilkan produk yang dijamin halal dan berkualiti.

Rangkaian produk DCL kini telah melebihi daripada 20 jenis yang berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan.

DCL kini mempunyai 40,000 pengedar di seluruh negara, Singapura dan Brunei.
Menurut Stapa, syarikatnya akan menembusi pasaran Indonesia secara rasmi pada bulan Januari depan dengan modal berbayar RM1 juta.
Buat permulaan, DCL akan memberi tumpuan di sekitar Jakarta.

Bercakap mengenai pencapaian DCL, Stapa berkata, jualan yang dicatatkan pada tahun kewangan 2005 adalah sebanyak RM36 juta.

"Saya menyasarkan jualan pada 2006 meningkat antara RM50 hingga RM60 juta," ujarnya penuh yakin.

Antara produk-produk DCL yang mendapat sambutan hangat ialah Bidadari, Kopi Red Guara, D Brain & E Brain, Venergy dan Nu Age.

Bidadari adalah minuman tambahan berkhasiat khusus untuk kesihatan dan kecantikan wanita.
Dihasilkan dengan bahan semulajadi seperti madu asli, manjakani, akar serapat, jarum emas, kacip fatimah untuk membina sistem rahim yang baik, meningkatkan seri wajah dan menjaga hubungan intim suami isteri.

Kopi Red Guara pula diperbuat daripada kopi arabica yang diimport, diadaun bersama ekstrak guarana, ubi bit merah, yis beras merah dan krimer kacang soya.

Kopi ini memang menjadi pilihan khususnya kepada penggemar kopi. Ianya terbukti baik untuk kecergasan dan meningkatkan tahap kesihatan.

Bagi meningkat kecerdasan fungsi sel-sel otak, terdapat dua pilihan iaitu D Brain untuk kanak-kanak dan E Brain untuk dewasa dan juga warga emas.

Venergy adalah kapsul ramuan herba untuk meningkatkan tenaga seksual dan kesihatan keseluruhan lelaki.

Mereka yang inginkan kulit sihat dan menawan pula, Nu Age menjadi pilihan yang tepat. Mengandungi ekstrak bio marin, ia sesuai bagi semua peringkat umur dan jantina.

Selain itu, DCL juga mempunyai pelbagai lagi produk lain yang khusus untuk kesihatan dan kecantikan.

Bagi tujuan promosi, DCL telah menggunakan khidmat pelakon terkenal, Arash Mohamad sebagai jurucakap bagi produk DCL sejak setahun yang lalu.

Sementara itu Arash pula berpendapat, selain membantu mengekalkan popularitinya sebagai artis, produk DCL juga memberi manfaat kesihatan kepadanya.

"Saya pernah ditawarkan untuk menjadi duta bagi satu produk kesihatan, tapi menolak kerana hati saya belum terbuka," katanya.

Tetapi ketika ditawarkan oleh DCL, Arash mengambil masa tidak sampai seminggu untuk menerima kerana yakin dengan produk tersebut.

"Selepas dua tiga hari menggunakan Kopi Red Guara, saya dapat rasakan perubahan yang drastik pada diri".

Kata Arash lagi, dia bukan sahaja menjadi jurucakap produk DCL tetapi juga ahli DCL.

Arash menganggap kerjayanya bersama DCL lebih kepada sifat tolong menolong untuk kepentingan bersama.

"Siapa lagi nak bantu usahawan bumiputera, kalau bukan kita," tambahnya mengakhiri perbualan.
Utusan Malaysia - 24 Disember 2005
[Berminat? Maklumat @ pertanyaan : duitcukuplumayan@gmail.com ]

DCL lahirkan usahawan jutawan Melayu


Perniagaan pemasaran jualan langsung pelbagai peringkat atau MLM (multilevel marketing) telah lama bertapak di negara ini.

Dunia sedang menyaksikan satu aliran raksasa di dalam industri MLM dengan penghasilan jualan mencecah ratusan bilion dolar setahun dan ia terus berkembang.

Bagaimanapun, kebanyakan syarikat MLM yang ada lebih mengutamakan keuntungan semata-mata dan kurang memberi penekanan kepada kesucian (halal) produk dan kesan sampingan pengguna, serta memberi lebih keadilan kepada pengedar.

De Classic Life (M) Sdn. Bhd. atau DCL, perniagaan yang berorientasikan sistem MLM tulen memberi peluang kepada pengedar-pengedarnya untuk mengubah kehidupan, sehingga berjaya melahirkan beberapa jutawan dan ramai lagi yang bebas kewangan.

Pertemuan wartawan Meran Abu Bakar dan jurugambar Zulhafiz Hanafiah dengan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DCL, Datuk Stapa Omar, 49, anak kelahiran Kampung Meraga, Kijal, Kemaman, Terengganu, di pejabatnya, Wisma DCL, Wangsa Melawati, mengungkap perjuangannya selama 10 tahun bagi membina empayar perniagaan dengan fokas utamanya membina rangkaian perniagaan yang berasaskan MLM tulen.

Pada masa sama memberi peluang kepada anak-anak Melayu dan sesiapa juga mencipta peluang perniagaan untuk diri, masyarakat dan bangsa.

Wartawan KOSMO: Boleh Datuk ceritakan bagaimana Datuk memulakan perniagaan DCL.

Dato Stapa: Sepanjang saya bergiat sebagai seorang pengedar bebas selama 14 tahun dan lima tahun sebagai pengurus kanan di beberapa syarikat MLM, saya dapati kebanyakan syarikat hanya mementingkan keuntungan syarikat tanpa berlaku adil terhadap pengedar dan pengguna.
Pengedar terutamanya pemimpin atasan tidak memperoleh pendapatan yang sewajarnya dengan kerja mereka.
Manakala pengguna pula sering terdedah dengan produk yang tidak halal dan memberi kesan sampingan.
Bertitik-tolak daripada itu saya terpanggil untuk menubuhkan syarikat MLM sendiri dengan menitikberatkan keadilan kepada pengedar dan pengguna.
Maka pada 1998 saya memulakan langkah meskipun berdepan dengan segala kepayahan dan kini alhamdulillah terus berkembang pesat hingga ke pasaran global seperti Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia.
Insya-Allah kami akan mengembangkan ke beberapa negara lagi pada tahun ini.

Wartawan KOSMO: Selain mencari keuntungan, apakah sebenarnya objektif DCL ditubuhkan?

Dato Stapa: Bagi saya, bukan sahaja duit penting malah akhirat tidak boleh diketepikan. Saya melihat banyak ketidakadilan pada pengedar dan saya ingin menegakkan keadilan dan memegang moto ‘lebih adil lebih sukses’.


Saya mahukan keadilan yang lebih menyeluruh, iaitu kepada pengguna, pengedar dan syarikat.
Keuntungan peribadi bukan tujuan utama.


Objektif utama saya adalah untuk membina ekonomi ummah berdikari dan mahu semua mendapat untung.


Win-win situation menjadi pegangan kami. Alhamdullillah dengan sokongan semua, DCL kini merupakan syarikat mlm bumiputera terunggul di rantau ini.

Wartawan KOSMO: Apakah cabaran- cabaran yang dihadapi?

Kegawatan industri MLM, justeru bahana skim cepat kaya yang bertopengkan MLM, memberi impak negatif dalam industri.


Namun, cabaran utama ialah sukar mendapat sokongan daripada orang Melayu sendiri pada awal penubuhan.


Wartawan KOSMO: Adakah Datuk berbangga kerana usaha Datuk sudah menampakkan kejayaan?


Dato Stapa: Sudah tentu kerana DCL berjaya melahirkan ramai jutawan dan ramai lagi yang memiliki kebebasan kewangan, selain mempunyai seramai 350,000 orang pengedar.


Wartawan KOSMO: Siapakah fokus utama DCL?

Dato Stapa: Fokus utama kami ialah golongan pertengahan dan bawahan kerana mereka adalah kuasa beli utama di Malaysia.


Bagaimanapun kami sudah mula menghasilkan produk untuk sasaran elit, iaitu alat rawatan air, selain daripada beberapa produk yang sedia ada seperti Bidadari, Nu Age dan beberapa yang lain.


Kita kena ada strategi pemasaran untuk tembusi pasaran elit.

Mungkin Datuk ada tip yang boleh dikongsi dengan usahawan Melayu lain bagi mencapai kejayaan dalam perniagaan.

Pertama buat pilihan perniagaan yang betul.


Kedua, buatlah dengan cara yang betul dan ketiga, buat betul-betul (total commitment).


Beri lebih daripada apa yang kita terima, kita akan terima lebih daripada apa yang kita beri.


Apabila ‘memberi’, hendaklah beri dengan ikhlas, dan jangan takut gagal, justeru kejayaan hanya untuk orang yang berani saja.

Wartawan KOSMO: Difahamkan DCL mempunyai tabung kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Dato Stapa: Saya percaya Allah memberi rezeki kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain yang memerlukan.


DCL mempunyai tabung kebajikan khas untuk membantu insan yang memerlukan.

DCL menjadikan Rumah Penjagaan Titian Kasih di Titiwangsa sebagai anak angkat dan mencukupkan keperluan mereka.


Kami akan menyerahkan sebuah bas sekolah untuk keperluan mereka pada 26 Januari ini.

Saya juga merancang untuk menubuhkan Yayasan DCL bagi menguruskan dana yang disumbang oleh syarikat dengan lebih teratur.

Wartawan KOSMO: Ringkasan mengenai DCL


Dato Stapa: De' Classic Life atau lebih dikenali dengan panggilan DCL merupakan sebuah syarikat milik bumiputera yang berorientasikan pemasaran jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).

Kini, DCL yang telah memasuki operasi tahun yang ke-10 telah membuktikan bahawa ia telah berjaya membantu melahirkan ramai usahawan jaya dan ramai orang yang bermasalah dengan kesihatan dan kecantikan.

Kilang - De Classic Manufacturing (M) Sdn. Bhd. - bertanggungjawab mengeluarkan sebahagian daripada produk yang dipasarkan oleh syarikat DCL dan syarikat kumpulan serta syarikat pemasaran luar.

Objektif penubuhan DCL:

* Membina ekonomi ummah berdikari.

* Membina kesihatan & kecantikan secara semula

* Menyediakan peluang perniagaan yang lebih baik dan lebih mudah untuk lebih sukses.

* Memperjuang dan mengangkat martabat industri MLM yang tulen dan beretika.

Visi

* Membina pasaran global.

* Membina rakan niaga/usahawan supaya mencapai kemerdekaan kewangan.

* Menjadi pengeluar dan pengedar produk alternatif yang memberikan sumbangan yang besar terhadap masalah kesihatan dan kecantikan sejagat tanpa memberi risiko atau tanpa kesan sampingan terhadap pengguna dan dengan harga yang berpatutan.

Misi

* Menyediakan wadah perjuangan untuk pejuang tulen.

* Mewujudkan pelan pemasaran yang unik, mudah dan menguntungkan.

* Menghasilkan produk alternatif berkualiti berbeza daripada pesaing-pesaing.

* Komitmen pemasaran yang tinggi (efektif servis) terhadap pengedar-pengedar dan memberi latihan yang sistematik bagi mencapai objektif syarikat.

* Membina pengedar yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan mampu bersaing di pasaran global.

Syarikat-syarikat kumpulan yang juga menyumbang kepada perkembangan DCL

* D'Eagle Motivation

* De Classic Life (M) Sdn. Bhd.

* PT De Classic Life Indonesia

* De Classic Life Worldwide Indonesia

* De Classic Life Worldwide Thailand

* D’Navechee Beauty (M) Sdn. Bhd.

* D’Navechee Global

* Butik D’Navechee (M) Sdn. Bhd.

* S’N Art Publishing Sdn. Bhd.

* De Classic Manufacturing Sdn. Bhd.

* Gigatronics (M) Sdn. Bhd.

* DCL Global (S) Pte. Ltd.

* D’Navechee Beauty (S) Pte. Ltd.

* Rangkaian Restoran

* Propety & Construction


- KOSMO


[Berminat? Maklumat @ Pertanyaan : duitcukuplumayan@gmail.com ]

Dato Azlina - Wanita Ikon 2008


Datuk Azlina Che Abdullah, 42, telah dinobatkan sebagai Wanita Ikon 2008 selepas memenuhi ciri-ciri wanita berjaya, memiliki kepimpinan tinggi dan memberi sumbangan besar kepada golongan itu di negara itu.

Azlina menewaskan tujuh finalis lain dalam anugerah anjuran majalah Wanita terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. Pemilihan beliau dibuat oleh lima juri profesional terdiri daripada tokoh dan pemimpin wanita.

Dengan penganugerahan sebagai Wanita Ikon 2008, Pengarah Urusan D’Navechee Beauty Sdn. Bhd. tersebut membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 tajaan Jakel dan trofi tajaan Langkawi Crystal.

Azlina juga memenangi pakej percutian ke Perth, Australia bernilai RM5,000 tajaan Utusan Travel & Tours.

Hadiah lain yang dimenanginya ialah pakej dandanan untuk tiga bulan tajaan A Cut Above, hamper kecantikan bernilai RM500 tajaan Loreal serta langganan setahun majalah Wanita.

Beliau menerima anugerah itu daripada Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah pada Majlis Malam Gala Anugerah Wanita Ikon 2008 anjuran Kumpulan Utusan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.

Hadir sama ialah Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali dan Ketua Pengarang Majalah Utusan Karya, Badrul Azhar Abdul Rahman.

Pada majlis penuh gemilang itu, Tengku Rozidar Tengku Zainol Abidin, 41, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Nineteen O One (1901) pula dipilih memenangi Anugerah Wanita Dinamik 2008.

Manakala Che Mona Din, 43, Pengarah Urusan Leesa Formula pula dipilih memenangi Anugerah Wanita Waja 2008.

Mereka berdua masing-masing memenangi wang tunai RM4,000, trofi tajaan Langkawi Crystal, pakej dandanan tiga bulan tajaan A Cut Above, hamper bernilai RM500 tajaan Loreal dan langganan setahun majalah Wanita.

Lima finalis lain ialah Pengarah RZ Motivation (Zhulian), Dr. Rosnani Sabtu, 45, Pengarah Urusan Idaman Pharma, Farshila Emran, 42; Pengarah Urusan NK Laboratories, Norazah Khamis, 43; Presiden Kumpulan Syarikat Eurofine, Ida Rahayu Md. Noor, 38; dan Pengarah Eksekutif Berani Guard, Saliza Abdullah, 31.

Dalam pada itu, juri-juri juga sebulat suara menobatkan Ketua Pergerakan Wanita UMNO dan bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz untuk menerima Anugerah Tokoh Wanita Ikon 2008.

Pemilihan Rafidah dibuat berdasarkan jasa dan sumbangan besar beliau terhadap kemajuan ekonomi negara dan pembangunan wanita serta penglibatan cemerlangnya dalam arena politik tanah air.

Majlis Anugerah Wanita Ikon 2008 mendapat sokongan daripada rakan-rakan strategik termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro Awani.

Penyanyi Datuk Sheila Majid dan Anuar Zain turut menyerikan majlis tersebut dengan persembahan nyanyian mereka.

Sementara itu, Mohamed Hashim dalam ucapannya pada majlis itu berkata, Anugerah Wanita Ikon dianjurkan untuk mencari seseorang wanita berjaya yang boleh dijadikan contoh dan pemangkin kejayaan wanita lain.

“Anugerah eksklusif iaitu Wanita Ikon ini hanya diberi kepada wanita yang layak digelar ikon kepada masyarakat khususnya golongan wanita.

“Calon yang terpilih mestilah menepati ciri-ciri wanita berjaya, memiliki kepimpinan tinggi, berpersonaliti menarik, berkeperibadian" ~ Utusan Online
[Berminat? Maklumat @ Pertanyaan : duitcukuplumayan@gmail.com]

NORASHIKIN MAT JANA - Jutawan DCL


Saya mengenali produk DCL melalui seorang sahabat dari Sabah pada tahun 2004.

Ketika itu pernah langsung dengar tentang DCL dan menyangkakan DCL adalah produk dari negeri Sabah sehinggalah sahabat tersebut menerangkan DCL adalah sebuah syarikat MLM yg beribu pejabat di Wangsa Melawati.

Pelik juga rasanya saya yang tinggal di Ampang tidak kenal dengan DCL di Wangsa Melawati yang letaknya ½ jam sahaja dari tempat tinggal saya.

Setelah mencuba produk DCL dan mendapat kesan yg positif, tanpa ragu-ragu saya melangkah ke Ibu Pejabat DCL di Wangsa Melawati, menjadi ahli pada bulan Jun 2004.

Bermula dari jadi ahli sekadar suka-suka, namun apabila mendapat bonus pertama, membuatkan saya seronok dan terus aktif dalam DCL.

Menjalankan perniagaan sepenuh masa secara online menuntut saya melayari internet setiap hari sehingga ada sahabat menggelar saya `Penagih Internet Tegar’.

Namun `ketagihan’ ini tidak sia-sia. Hasil dari berkongsi testimoni, info dan kebaikan produk DCL dibalas dengan kunjungan cheque Bonus dari DCL setiap bulan dimana angka yg tercatat di cheque setimpal dgn usaha yg dilakukan.

Atas usaha yg berterusan, saya mencapai pangkat Diamond Director pada December 2005.

Membina rangkaian DCL melalui internet juga tidak sunyi dari dugaan dan rintangan, lebih-lebih lagi upline jauh nun di Sabah.

Berpegang pesan Pengasas `Org Berjaya Mencari Cara, Org Gagal Mencari Alasan’ dan CA Kamaruzaman, `Setiap Dugaan Yang Kita Hadapi, Ada Kejayaan Menanti Kita Di Depan Sana,’ saya kuatkan semangat dan terus berjuang.

Memandangkan sebelum menyertai DCL, saya tidak langsung tahu apa itu perniagaan Multi Level Marketing, saya pernah membuat kesilapan dalam DCL.

Namun teguran membina pihak pengurusan DCL dan sokongan tanpa jemu Rakaniaga, menyuntik kekuatan untuk saya terus menempuhi segala rintangan.

Kejayaan saya mencapai pangkat Crown Director membuktikan DCL telah diterima dengan baik di pasaran Internet hasil usaha jitu Rakaniaga yg dikasihi.

Terima kasih sahabatku, tanpa kalian siapalah diriku.






Setinggi penghargaan buat Pengasas dan juga idola saya dalam dunia bisnes, Dato’ Stapa dan Datin Azlina kerana sentiasa mengeluarkan rangkaian produk terbaik sekaligus mengangkat martabat DCL di dunia Internet.

Tak lupa kepada CD Jauhar yg byk memberi tunjuk ajar, suntikan motivasi dari CD Zulkifli , CD Murshidi dan CA Kamaruzzaman yg membangkitkan semangat utk terus berjuang serta perkongsian ilmu produk dari CA Azlan dan DD Dr Rani yang amat berharga.

Jutaan terima kasih utk DD Dr Abd Rani, DD Abd Halim Kechut dan DD Noor Aisah (Opah) atas ilmu yang telah dicurahkan sejak kami mula mengenali DCL hingga kini.

Kepada Rakaniaga dikasihi yang diterajui oleh Pemimpin DCL Internet Terhebat, DD Khamisah Mohd Jamil, DD Noraniza Anwar dan DD Lela Rohaya Abd Samad dan PD Akmaludin Mustajid, terima kasih atas komitmen padu yang diberikan.

Sokongan berterusan kalian memberi semangat untukku terus melangkah gagah dalam perjuangan ini. Semoga Allah memberkati usaha kita menguasai DCL melalui Internet ke seluruh dunia.

Terima kasih juga buat upline EM Esther, kerana perkenalkan DCL yang telah mengubah hidupku serta tunjuk ajar jarak jauh oleh CD Christoper J Molie dan CD Johari Nasir.

Untuk suamiku PD Mohd Khairi, sokongan, semangat dan pengorbanan yang diberikan dalam perjuangan ini amat dihargai dan buat cahayamata yg kukasihi, Khayrin Nuraina dan Khayrin Nuraisya, kalian adalah kekuatan untuk ibu terus berusaha sambil melihat kalian membesar depan mata.

Untuk Pejuang DCL Internet ~ Yakinlah, Anda juga mampu membina kejayaan dalam DCL dgn kuasa keyboard yg ada di tangan anda!

Salam Perjuangan.
[ Berminat? Maklumat lanjut @ pertanyaan : duitcukuplumayan@gmail.com ]

Khamis, 26 Februari 2009

Kamarulzaman Jailan - Dari guru bergelar Jutawan


MENJADI jutawan merupakan impian setiap kita yang saban hari bertungkus lumus bekerja mencari rezeki dari titik peluh yang halal.

Bagaimanapun, berapa ramaikah daripada kita yang berjaya mencapai impian tersebut walaupun telah mencurahkan keringat dari awal pagi hingga lewat tengah malam.

Sebelum ini, situasi yang sama juga dihadapi oleh Kamarulzaman Jailan, 46, yang meninggalkan kerjaya perguruan untuk menceburi bidang perniagaan.
Beliau melakukan pelbagai perniagaan daripada berniaga di pasar malam, menjual nasi lemak hinggalah menjual cakera padat (CD) dan pernah diisytiharkan muflis pada tahun 1993.

Tetapi beliau kini bergelar jutawan, hasil penyertaan dalam syarikat pemasaran jualan langsung pelbagai peringkat (MLM), De Classic Life (M) Sdn. Bhd. atau DCL.
Wartawan NOOR FAZRINA KAMAL dan jurugambar ROY AZIS menemu bual Kamarulzaman bagi berkongsi rahsia bagaimana menjadi jutawan dengan hanya menyertai perniagaan MLM.
WARTAWAN: Boleh cerita serba sedikit latar belakang saudara?

KAMARULZAMAN: Saya dilahirkan di Batu Pahat, Johor, 46 tahun lalu dan telah mendirikan rumah tangga dengan Wan Azlaili Wan Abd. Aziz pada 1990 dan kini mempunyai tiga cahaya mata.

Saya pernah mendapat latihan di Maktab Asas Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dari 1982 hingga 1984. Selepas tamat pengajian, saya memulakan tugas sebagai guru pada 1985 sehingga meletak jawatan lima tahun kemudian untuk menceburi dalam bidang perniagaan.

Saya dan isteri mempunyai minat yang sama, iaitu menceburi bidang perniagaan dan kami mengharungi dunia tersebut bersama-sama.




WARTAWAN: Bagaimana pula boleh terbabit dalam bidang perniagaan MLM sehingga berjaya bergelar jutawan seperti sekarang?

KAMARULZAMAN: Saya menceburi bidang perniagaan MLM kerana inginkan pendapatan yang lumayan dan lebih penting perubahan dalam hidup.

Bagaimanapun, sebelum bersama DCL, saya telah menyertai tiga syarikat MLM dari tahun 1986 hingga 2002.
Sepanjang tempoh itu terlalu banyak cabaran yang saya tempuhi. Jatuh bangun dalam perniagaan sehingga ke peringkat saya pernah diisytiharkan muflis pada 1993.

Kami sering berpindah rumah kerana tidak mampu membayar sewa dan pernah ketika berpindah dari Johor ke Temerloh, Pahang, saya hanya mempunyai RM5 dalam poket.

Selain jualan langsung, untuk menampung hidup saya juga melakukan bermacam-macam perniagaan termasuk berniaga di pasar malam, menjual CD dan berniaga nasi lemak.

Walaupun tiga kali gagal dalam MLM, saya tidak patah semangat sehinggalah saya diperkenalkan dengan DCL oleh seorang rakan pada Oktober 2002.

WARTAWAN: Pastinya banyak cabaran yang saudara lalu sebelum berjaya seperti sekarang?

KAMARULZAMAN: Memang betul. Dalam apa juga bidang, untuk berjaya kita tidak dapat mengelak daripada berhadapan dengan cabaran dan rintangan. Apa yang penting bagi saya ialah kesungguhan dan kerja keras serta tidak cepat berputus asa.

Antara cabaran paling besar ialah apabila saya diberi tanggungjawab oleh Pengerusi Eksekutif DCL, Datuk Stapa Omar untuk membina rangkaian DCL di Sabah. Saya ingat lagi, mesyuarat pertama saya di sana pada 2003 hanya tiga orang saja yang hadir.

Bagaimanapun, saya tidak patah semangat, sebaliknya berusaha mencari formula bagaimana untuk menembusi pasaran negeri Sabah selepas empat kali cubaan sebelum ini menemui kegagalan.

Saya dapati puncanya ketika itu ialah kami gagal menghayati budaya perniagaan masyarakat di sana. Justeru, saya berusaha untuk merapatkan jurang tersebut dengan mendekati dan meletakkan diri sebagai sebahagian daripada mereka.

Hasilnya, dalam tempoh tidak sampai lima tahun, sekarang kami mempunyai lebih 100,000 pengedar di seluruh Sabah dan tiga daripadanya sudah sampai ke tahap jutawan. Sekarang ini saya dalam proses membantu menghasilkan beberapa lagi jutawan DCL di Sabah.

WARTAWAN: Untuk berjaya pastinya perlu pengorbanan. Apakah pengorbanan paling besar yang saudara lakukan?

KAMARULZAMAN: Pengorbanan paling besar sudah tentu masa bersama keluarga. Saya akui banyak masa bersama keluarga terpaksa dikorbankan. Mujur juga isteri saya begitu memahami, malah ada masanya dia mengambil alih tugas saya sebagai suami bagi memberi ruang kepada saya membina empayar perniagaan demi kesenangan kami bersama.

Bayangkan dalam sebulan, 25 hari saya terpaksa bekerja di luar daerah tanpa satu hari cuti pun. Rutin ini berterusan selama empat tahun di mana terpaksa berulang alik ke Singapura, Brunei, selain Sabah dan seluruh Semenanjung.

Cuma dua atau tiga hari saya bertemu isteri dan anak-anak. Dalam hal ini saya amat menghargai pengorbanan yang dibuat isteri dan anak-anak.

Pengorbanan tersebut sedikit sebanyak berbayar apabila pada 2004 saya telah dinobatkan sebagai duta jutawan DCL pertama, iaitu hanya kira-kira dua tahun selepas menyertai syarikat tersebut.
Hasil daripada pengorbanan bekerja keras ini juga, syarikat juga telah memilih saya untuk memegang jawatan Presiden Direktor PT DCL Indonesia bermula tahun 2008 ini.
Saya anggap pemilihan itu sebagai tanggungjawab untuk memastikan produk-produk DCL dikenali dan diterima oleh masyarakat di sana.

WARTAWAN: Pada pandangan saudara apakah kelebihan dalam perniagaan MLM?

KAMARULZAMAN: Pertamanya, sudah tentu pendapatan lumayan dalam tempoh yang kita sendiri boleh tetapkan sama ada cepat atau lambat. Apa yang penting kesediaan untuk berusaha dan berkerja keras.

MLM membolehkan semua orang tanpa mengira peringkat usia, status, kaya atau miskin mampu memiliki perniagaan sendiri tanpa memerlukan modal yang besar seperti perniagaan lain.
Ini kerana MLM boleh dijalankan di mana-mana, waima di dalam kereta sekalipun dan tidak semestinya memiliki kedai.

Selain itu, dalam bidang MLM ini, kita sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang menyokong terutama ahli keluarga, saudara mara dan kawan-kawan untuk sama-sama mengecapi kejayaan dan kemewahan.

WARTAWAN: Apakah anda puas hati dengan pencapaian sekarang?

KAMARULZAMAN: Alhamdulillah saya bersyukur dengan rezeki yang Tuhan kurniakan. Dengan pendapatan enam angka sebulan, berpeluang memiliki kereta mewah dan beberapa aset sebagai pelaburan hasil daripada perniagaan bersama DCL.
Berpuas hati bukan bermakna saya perlu berhenti berusaha. Banyak lagi yang perlu saya lakukan kerana saya mahu melihat lebih ramai usahawan-usahawan DCL lain juga bergelar jutawan membantu mereka agar impian menjadi kenyataan.
[ Berminat? Maklumat lanjut @ pertanyaan : duitcukuplumayan@gmail.com ]