Jumaat, 27 Februari 2009

Membina impian bersama DCL


Semua manusia mengimpikan kesenangan hidup.
Kesenangan dari segi material atau disebut juga kemewahan bukanlah datang bergolek dalam sekelip mata.
Tiada jalan yang mudah untuk mengecap kemewahan melainkan berusaha bersungguh-sungguh tanpa kenal erti jemu.

Cara untuk mengecap kemewahan juga berbeza bagi setiap individu.
Walau bagaimanapun, ramai bersetuju perniagaan boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan kalau kena dengan caranya.
Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda bahawa sembilan persepuluh sumber ekonomi dijanakan daripada perniagaan.

Bagi Stapa Omar, 47, kesenangan yang dikecapi hari ini adalah hasil usahanya berbekalkan keyakinan diri yang tinggi. Menceburi bidang jualan langsung lebih 25 tahun, cukup mematangkan dirinya dalam selok belok perniagaan tersebut.

Katanya, industri jualan langsung mempunyai potensi yang besar lagi menguntungkan kalau kena caranya.

"Sebagai pengedar, tidak memerlukan modal yang besar, tapi mampu menjana keuntungan berlipat ganda bahkan boleh menjadi jutawan," katanya.

Berbekalkan pengalaman yang dikutip sebagai pengedar, pengurus kanan, perunding motivasi dan latihan di beberapa syarikat MLM serta pengalaman sebagai usahawan perniagaan konvensional, Stapa dan isterinya, Azlina Che Abdullah membina De Classic Life (M) Sdn Bhd (DCL) dengan bermodalkan RM400,000.

Bermula pada tahun 1998, DCL hanya mempunyai dua produk ketika itu iaitu gel pelangsing badan dan Habbatus Sauda.

Kini, setelah lebih tujuh tahun, Stapa yang menjadi Pengarah Urusan DCL boleh berbangga kerana syarikatnya telahpun berkembang dan mempunyai syarikat kumpulan perniagaan sendiri.

Wisma DCL berharga lebih 1 juta yang terletak di Wangsa Melawati turut membuktikan kehebatan syarikat ini. Dari modal berbayar hanya RM100,000, DCL kini mempunyai RM1 juta hingga RM2 juta untuk penyediaan barangan.

Antara syarikat yang bernaung di bawah DCL ialah D'Navechee Beauty (M) Sdn Bhd, perniagaan produk kecantikan dan kesihatan; SN Art Publishing, yang bertindak menerbit dan mencetak risalah perniagaan serta syarikat IT, Gigatronics (M) Sdn Bhd.

SN Art Publishing turut menerbitkan majalah "Montel" untuk kanak-kanak pra-sekolah dan awal persekolahan. Selain majalah umum yang lain, SN Art juga beroperasi sebagai syarikat penerbit untuk badan berkanun dan swasta.

DCL juga mempunyai kilang sendiri, De Classic Manufacturing di Bukit Beruntung dan Ukay Perdana yang menghasilkan produk-produk DCL.

Disinilah letaknya keistimewaan DCL kerana sebahagian besar produknya diproses dan dibungkus sendiri.
DCL juga melakukan pembangunan dan penyelidikan oleh saintis perunding bagi menghasilkan produk yang dijamin halal dan berkualiti.

Rangkaian produk DCL kini telah melebihi daripada 20 jenis yang berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan.

DCL kini mempunyai 40,000 pengedar di seluruh negara, Singapura dan Brunei.
Menurut Stapa, syarikatnya akan menembusi pasaran Indonesia secara rasmi pada bulan Januari depan dengan modal berbayar RM1 juta.
Buat permulaan, DCL akan memberi tumpuan di sekitar Jakarta.

Bercakap mengenai pencapaian DCL, Stapa berkata, jualan yang dicatatkan pada tahun kewangan 2005 adalah sebanyak RM36 juta.

"Saya menyasarkan jualan pada 2006 meningkat antara RM50 hingga RM60 juta," ujarnya penuh yakin.

Antara produk-produk DCL yang mendapat sambutan hangat ialah Bidadari, Kopi Red Guara, D Brain & E Brain, Venergy dan Nu Age.

Bidadari adalah minuman tambahan berkhasiat khusus untuk kesihatan dan kecantikan wanita.
Dihasilkan dengan bahan semulajadi seperti madu asli, manjakani, akar serapat, jarum emas, kacip fatimah untuk membina sistem rahim yang baik, meningkatkan seri wajah dan menjaga hubungan intim suami isteri.

Kopi Red Guara pula diperbuat daripada kopi arabica yang diimport, diadaun bersama ekstrak guarana, ubi bit merah, yis beras merah dan krimer kacang soya.

Kopi ini memang menjadi pilihan khususnya kepada penggemar kopi. Ianya terbukti baik untuk kecergasan dan meningkatkan tahap kesihatan.

Bagi meningkat kecerdasan fungsi sel-sel otak, terdapat dua pilihan iaitu D Brain untuk kanak-kanak dan E Brain untuk dewasa dan juga warga emas.

Venergy adalah kapsul ramuan herba untuk meningkatkan tenaga seksual dan kesihatan keseluruhan lelaki.

Mereka yang inginkan kulit sihat dan menawan pula, Nu Age menjadi pilihan yang tepat. Mengandungi ekstrak bio marin, ia sesuai bagi semua peringkat umur dan jantina.

Selain itu, DCL juga mempunyai pelbagai lagi produk lain yang khusus untuk kesihatan dan kecantikan.

Bagi tujuan promosi, DCL telah menggunakan khidmat pelakon terkenal, Arash Mohamad sebagai jurucakap bagi produk DCL sejak setahun yang lalu.

Sementara itu Arash pula berpendapat, selain membantu mengekalkan popularitinya sebagai artis, produk DCL juga memberi manfaat kesihatan kepadanya.

"Saya pernah ditawarkan untuk menjadi duta bagi satu produk kesihatan, tapi menolak kerana hati saya belum terbuka," katanya.

Tetapi ketika ditawarkan oleh DCL, Arash mengambil masa tidak sampai seminggu untuk menerima kerana yakin dengan produk tersebut.

"Selepas dua tiga hari menggunakan Kopi Red Guara, saya dapat rasakan perubahan yang drastik pada diri".

Kata Arash lagi, dia bukan sahaja menjadi jurucakap produk DCL tetapi juga ahli DCL.

Arash menganggap kerjayanya bersama DCL lebih kepada sifat tolong menolong untuk kepentingan bersama.

"Siapa lagi nak bantu usahawan bumiputera, kalau bukan kita," tambahnya mengakhiri perbualan.
Utusan Malaysia - 24 Disember 2005
[Berminat? Maklumat @ pertanyaan : duitcukuplumayan@gmail.com ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan