Jumaat, 27 Februari 2009

Dato Azlina - Wanita Ikon 2008


Datuk Azlina Che Abdullah, 42, telah dinobatkan sebagai Wanita Ikon 2008 selepas memenuhi ciri-ciri wanita berjaya, memiliki kepimpinan tinggi dan memberi sumbangan besar kepada golongan itu di negara itu.

Azlina menewaskan tujuh finalis lain dalam anugerah anjuran majalah Wanita terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. Pemilihan beliau dibuat oleh lima juri profesional terdiri daripada tokoh dan pemimpin wanita.

Dengan penganugerahan sebagai Wanita Ikon 2008, Pengarah Urusan D’Navechee Beauty Sdn. Bhd. tersebut membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 tajaan Jakel dan trofi tajaan Langkawi Crystal.

Azlina juga memenangi pakej percutian ke Perth, Australia bernilai RM5,000 tajaan Utusan Travel & Tours.

Hadiah lain yang dimenanginya ialah pakej dandanan untuk tiga bulan tajaan A Cut Above, hamper kecantikan bernilai RM500 tajaan Loreal serta langganan setahun majalah Wanita.

Beliau menerima anugerah itu daripada Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah pada Majlis Malam Gala Anugerah Wanita Ikon 2008 anjuran Kumpulan Utusan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.

Hadir sama ialah Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali dan Ketua Pengarang Majalah Utusan Karya, Badrul Azhar Abdul Rahman.

Pada majlis penuh gemilang itu, Tengku Rozidar Tengku Zainol Abidin, 41, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Nineteen O One (1901) pula dipilih memenangi Anugerah Wanita Dinamik 2008.

Manakala Che Mona Din, 43, Pengarah Urusan Leesa Formula pula dipilih memenangi Anugerah Wanita Waja 2008.

Mereka berdua masing-masing memenangi wang tunai RM4,000, trofi tajaan Langkawi Crystal, pakej dandanan tiga bulan tajaan A Cut Above, hamper bernilai RM500 tajaan Loreal dan langganan setahun majalah Wanita.

Lima finalis lain ialah Pengarah RZ Motivation (Zhulian), Dr. Rosnani Sabtu, 45, Pengarah Urusan Idaman Pharma, Farshila Emran, 42; Pengarah Urusan NK Laboratories, Norazah Khamis, 43; Presiden Kumpulan Syarikat Eurofine, Ida Rahayu Md. Noor, 38; dan Pengarah Eksekutif Berani Guard, Saliza Abdullah, 31.

Dalam pada itu, juri-juri juga sebulat suara menobatkan Ketua Pergerakan Wanita UMNO dan bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz untuk menerima Anugerah Tokoh Wanita Ikon 2008.

Pemilihan Rafidah dibuat berdasarkan jasa dan sumbangan besar beliau terhadap kemajuan ekonomi negara dan pembangunan wanita serta penglibatan cemerlangnya dalam arena politik tanah air.

Majlis Anugerah Wanita Ikon 2008 mendapat sokongan daripada rakan-rakan strategik termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro Awani.

Penyanyi Datuk Sheila Majid dan Anuar Zain turut menyerikan majlis tersebut dengan persembahan nyanyian mereka.

Sementara itu, Mohamed Hashim dalam ucapannya pada majlis itu berkata, Anugerah Wanita Ikon dianjurkan untuk mencari seseorang wanita berjaya yang boleh dijadikan contoh dan pemangkin kejayaan wanita lain.

“Anugerah eksklusif iaitu Wanita Ikon ini hanya diberi kepada wanita yang layak digelar ikon kepada masyarakat khususnya golongan wanita.

“Calon yang terpilih mestilah menepati ciri-ciri wanita berjaya, memiliki kepimpinan tinggi, berpersonaliti menarik, berkeperibadian" ~ Utusan Online
[Berminat? Maklumat @ Pertanyaan : duitcukuplumayan@gmail.com]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan