Memaparkan catatan dengan label misi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label misi. Papar semua catatan

Ahad, 1 Mac 2009

Visi & Misi De Classic Life 2009 - DCL 2009



De Classic Life (DCL) kini memasuki tahun operasi ke- 11 pada tahun 2009.

DCL benar-benar serius melaksanakan dan menjayakan Visi & Misi, berasaskan objektif utama "Membina Ekonomi Ummah Berdikari"


Visi Tahun Kewangan 2009

1. Unjuran jualan globa, RM 1.1 Bilion

1.1 Jualan domestik (Malaysia) – USD 260 juta / RM 600 juta
1.2 Jualan di Indonesia – USD 100 juta / RM 320 juta
1.3 Jualan di Singapura – USD 20 juta / RM 46 juta
1.4 Jualan di Brunei – USD 20 juta / RM 46 juta
1.5 Jualan di Thailand – USD 20 juta / RM 46 juta
1.6 Jualan di Bangladesh – USD 20 juta / RM 46 juta

2. Menambah usahawan baru seramai 1 JUTA ORANG. Republik Indonesia & Bangladesh yang mempunyai kepadatan penduduk, masing-masing seramai 260 juta dan 160 juta orang menjadi fokus utama.

3. Melahirkan Duta Crown Ambassador (CA) baharu bagi pasaran global – 150 orang.

4. Memperkasa DCL agar menjadi syarikat MLM terunggul di pasaran domestik & global (Asia Pasifik), dengan Republik Indonesia sebagai ‘base’ utamanya.


Misi Utama 2009

1. Memperkasa pasaran domestik.

2. Menaikkan taraf ibu pejabat DCL Global sedia ada.

3. Pembinaan Menara DCL Global (wisma sendiri) bernilai 40 juta di jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dijangka siap di dalam tempoh 2 tahun.

4. Menaik taraf dan pembinaan kilang baru bagi menempatkan ke semua kilang-kilang yang ada pada satu premis yang dijangka siap dalam tempoh 1 ½ tahun.

5. Penambahan produk baru bertaraf dunia dan meningkatan produktiviti produk sedia ada.

6. Meningkatkan R&D bagi menjamin dan memastikan produk yang dikeluarkan benar-benar berkualiti, berkesan, suci dan tanpa kesan sampingan.

7. Menubuhkan cawangan (wisma sendiri) di setiap zon bagi pasaran domestik dan mengembangkan jaringan perniagaan ke pasran global. Selain daripada pasaran sedia ada; Singapura, Brunei dan Indonesia, beberapa negara Asia Pasifik lain telah dikenal pasti untuk diterokai seperti Bangladesh, Thailand, India dan Pakistan.

8. Bagi pasaran global, untuk tahun 2008 pihak syarikat telahpun melabur RM 5.3 juta untuk mengembang pasaran di Indonesia dan RM 2 juta lagi bagi setiap negara seperti Singapura, Brunei dan Thailand. Manakala RM 3 juta pula ddiperuntukkan bagi Bangladesh, India dan Pakistan. Lain-lain negara seperti Kemboja, Filipina dan beberapa yang lain turut diberi perhatian.

9. Meningkatkan kemampuan pasukan pemasaran dengan menambahkan kakitangan yang mahir dan berintegriti.

10. Komitmen sepenuhnya ke atas pelan pembelajaran bagi melahirkan pemimpin-pemimpin / perjuang yang berdikari, berintergriti dan berani.

11. Komiten ke atas menjayakan aktiviti-aktiviti global bagi memperkasakan nilai perjuangan usahawan, seperti majlis penganugerahan dan lain-lain.

12. Komiten ke atas tanggungjawab sosial dan mempekasakan agama, bangsa dan negara. Program-program bagi memperkasakan sumber manusia menjadi antara agenda penting, di mana fokus akan diberikan kepada graduan, belia, penjawat awam serta pejuang DCL sendiri. Penekanan akan diberi tentang nilai berdikari dan memperkasakan ekonomi.

13. Tabung jihad akan dikendalikan dengan lebih sempurna. Untuk tujuan itu YAYASAN DCL ditubuhkan. Yayasan ini akan menyelaras kerja-kerja amal yang akan ditingkatkan lagi seperti membangunkan Rumah Anak, Pusat Tahfiz Yatim, Rumah Penjagaan Orang Kurang Upaya dan lain-lain.

14. Penubuhan Koperasi DCL untuk mempelbagaikan pendapatan usahawan DCL tanpa menjejaskan fokus DCL. Usahawan DCL berpeluang untuk membeli saham bagi pelaburan jangka masa panjang. Jumlah sasaran saham terkumpul bagi tahun pertama adalah sebanyak RM 100 juta. Antara aktiviti Koperasi DCL adalah bidang peruncitan yang melibatkan barangan penggunaan harian dengan mewujudkan rangkaian pasaraya di lokasi terpilih dan aktiviti hartanah yang melibatkan pemilikan hartanah dan penyewaan semula kepada usahawan DCL.

Maklumat diatas dipetik daripada: InfoClassic Julai 2008

[Berminat sertai DCL? Sila hubungi / sms : 019.5706776 atau email : duitcukuplumayan@gmail.com]


Jumaat, 27 Februari 2009

DCL lahirkan usahawan jutawan Melayu


Perniagaan pemasaran jualan langsung pelbagai peringkat atau MLM (multilevel marketing) telah lama bertapak di negara ini.

Dunia sedang menyaksikan satu aliran raksasa di dalam industri MLM dengan penghasilan jualan mencecah ratusan bilion dolar setahun dan ia terus berkembang.

Bagaimanapun, kebanyakan syarikat MLM yang ada lebih mengutamakan keuntungan semata-mata dan kurang memberi penekanan kepada kesucian (halal) produk dan kesan sampingan pengguna, serta memberi lebih keadilan kepada pengedar.

De Classic Life (M) Sdn. Bhd. atau DCL, perniagaan yang berorientasikan sistem MLM tulen memberi peluang kepada pengedar-pengedarnya untuk mengubah kehidupan, sehingga berjaya melahirkan beberapa jutawan dan ramai lagi yang bebas kewangan.

Pertemuan wartawan Meran Abu Bakar dan jurugambar Zulhafiz Hanafiah dengan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DCL, Datuk Stapa Omar, 49, anak kelahiran Kampung Meraga, Kijal, Kemaman, Terengganu, di pejabatnya, Wisma DCL, Wangsa Melawati, mengungkap perjuangannya selama 10 tahun bagi membina empayar perniagaan dengan fokas utamanya membina rangkaian perniagaan yang berasaskan MLM tulen.

Pada masa sama memberi peluang kepada anak-anak Melayu dan sesiapa juga mencipta peluang perniagaan untuk diri, masyarakat dan bangsa.

Wartawan KOSMO: Boleh Datuk ceritakan bagaimana Datuk memulakan perniagaan DCL.

Dato Stapa: Sepanjang saya bergiat sebagai seorang pengedar bebas selama 14 tahun dan lima tahun sebagai pengurus kanan di beberapa syarikat MLM, saya dapati kebanyakan syarikat hanya mementingkan keuntungan syarikat tanpa berlaku adil terhadap pengedar dan pengguna.
Pengedar terutamanya pemimpin atasan tidak memperoleh pendapatan yang sewajarnya dengan kerja mereka.
Manakala pengguna pula sering terdedah dengan produk yang tidak halal dan memberi kesan sampingan.
Bertitik-tolak daripada itu saya terpanggil untuk menubuhkan syarikat MLM sendiri dengan menitikberatkan keadilan kepada pengedar dan pengguna.
Maka pada 1998 saya memulakan langkah meskipun berdepan dengan segala kepayahan dan kini alhamdulillah terus berkembang pesat hingga ke pasaran global seperti Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia.
Insya-Allah kami akan mengembangkan ke beberapa negara lagi pada tahun ini.

Wartawan KOSMO: Selain mencari keuntungan, apakah sebenarnya objektif DCL ditubuhkan?

Dato Stapa: Bagi saya, bukan sahaja duit penting malah akhirat tidak boleh diketepikan. Saya melihat banyak ketidakadilan pada pengedar dan saya ingin menegakkan keadilan dan memegang moto ‘lebih adil lebih sukses’.


Saya mahukan keadilan yang lebih menyeluruh, iaitu kepada pengguna, pengedar dan syarikat.
Keuntungan peribadi bukan tujuan utama.


Objektif utama saya adalah untuk membina ekonomi ummah berdikari dan mahu semua mendapat untung.


Win-win situation menjadi pegangan kami. Alhamdullillah dengan sokongan semua, DCL kini merupakan syarikat mlm bumiputera terunggul di rantau ini.

Wartawan KOSMO: Apakah cabaran- cabaran yang dihadapi?

Kegawatan industri MLM, justeru bahana skim cepat kaya yang bertopengkan MLM, memberi impak negatif dalam industri.


Namun, cabaran utama ialah sukar mendapat sokongan daripada orang Melayu sendiri pada awal penubuhan.


Wartawan KOSMO: Adakah Datuk berbangga kerana usaha Datuk sudah menampakkan kejayaan?


Dato Stapa: Sudah tentu kerana DCL berjaya melahirkan ramai jutawan dan ramai lagi yang memiliki kebebasan kewangan, selain mempunyai seramai 350,000 orang pengedar.


Wartawan KOSMO: Siapakah fokus utama DCL?

Dato Stapa: Fokus utama kami ialah golongan pertengahan dan bawahan kerana mereka adalah kuasa beli utama di Malaysia.


Bagaimanapun kami sudah mula menghasilkan produk untuk sasaran elit, iaitu alat rawatan air, selain daripada beberapa produk yang sedia ada seperti Bidadari, Nu Age dan beberapa yang lain.


Kita kena ada strategi pemasaran untuk tembusi pasaran elit.

Mungkin Datuk ada tip yang boleh dikongsi dengan usahawan Melayu lain bagi mencapai kejayaan dalam perniagaan.

Pertama buat pilihan perniagaan yang betul.


Kedua, buatlah dengan cara yang betul dan ketiga, buat betul-betul (total commitment).


Beri lebih daripada apa yang kita terima, kita akan terima lebih daripada apa yang kita beri.


Apabila ‘memberi’, hendaklah beri dengan ikhlas, dan jangan takut gagal, justeru kejayaan hanya untuk orang yang berani saja.

Wartawan KOSMO: Difahamkan DCL mempunyai tabung kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Dato Stapa: Saya percaya Allah memberi rezeki kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain yang memerlukan.


DCL mempunyai tabung kebajikan khas untuk membantu insan yang memerlukan.

DCL menjadikan Rumah Penjagaan Titian Kasih di Titiwangsa sebagai anak angkat dan mencukupkan keperluan mereka.


Kami akan menyerahkan sebuah bas sekolah untuk keperluan mereka pada 26 Januari ini.

Saya juga merancang untuk menubuhkan Yayasan DCL bagi menguruskan dana yang disumbang oleh syarikat dengan lebih teratur.

Wartawan KOSMO: Ringkasan mengenai DCL


Dato Stapa: De' Classic Life atau lebih dikenali dengan panggilan DCL merupakan sebuah syarikat milik bumiputera yang berorientasikan pemasaran jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).

Kini, DCL yang telah memasuki operasi tahun yang ke-10 telah membuktikan bahawa ia telah berjaya membantu melahirkan ramai usahawan jaya dan ramai orang yang bermasalah dengan kesihatan dan kecantikan.

Kilang - De Classic Manufacturing (M) Sdn. Bhd. - bertanggungjawab mengeluarkan sebahagian daripada produk yang dipasarkan oleh syarikat DCL dan syarikat kumpulan serta syarikat pemasaran luar.

Objektif penubuhan DCL:

* Membina ekonomi ummah berdikari.

* Membina kesihatan & kecantikan secara semula

* Menyediakan peluang perniagaan yang lebih baik dan lebih mudah untuk lebih sukses.

* Memperjuang dan mengangkat martabat industri MLM yang tulen dan beretika.

Visi

* Membina pasaran global.

* Membina rakan niaga/usahawan supaya mencapai kemerdekaan kewangan.

* Menjadi pengeluar dan pengedar produk alternatif yang memberikan sumbangan yang besar terhadap masalah kesihatan dan kecantikan sejagat tanpa memberi risiko atau tanpa kesan sampingan terhadap pengguna dan dengan harga yang berpatutan.

Misi

* Menyediakan wadah perjuangan untuk pejuang tulen.

* Mewujudkan pelan pemasaran yang unik, mudah dan menguntungkan.

* Menghasilkan produk alternatif berkualiti berbeza daripada pesaing-pesaing.

* Komitmen pemasaran yang tinggi (efektif servis) terhadap pengedar-pengedar dan memberi latihan yang sistematik bagi mencapai objektif syarikat.

* Membina pengedar yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan mampu bersaing di pasaran global.

Syarikat-syarikat kumpulan yang juga menyumbang kepada perkembangan DCL

* D'Eagle Motivation

* De Classic Life (M) Sdn. Bhd.

* PT De Classic Life Indonesia

* De Classic Life Worldwide Indonesia

* De Classic Life Worldwide Thailand

* D’Navechee Beauty (M) Sdn. Bhd.

* D’Navechee Global

* Butik D’Navechee (M) Sdn. Bhd.

* S’N Art Publishing Sdn. Bhd.

* De Classic Manufacturing Sdn. Bhd.

* Gigatronics (M) Sdn. Bhd.

* DCL Global (S) Pte. Ltd.

* D’Navechee Beauty (S) Pte. Ltd.

* Rangkaian Restoran

* Propety & Construction


- KOSMO


[Berminat? Maklumat @ Pertanyaan : duitcukuplumayan@gmail.com ]