Memaparkan catatan dengan label Haid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Haid. Papar semua catatan

Ahad, 15 Mac 2009

Senggugut dan Bidadari



Senggugut

Senggugut atau "period pain" kerapkali dialami oleh wanita ketika kedatangan haid .

Peringkat ringan senggugut biasanya akan mendatangkan gejala seperti sakit perut yang tidak melampau dan kitar daid yang tidak menentu.

Senggugut yang dialami dizaman remaja atau sebelum berkahwin kadangkala boleh hilang selepas berkahwin namun sesetengah kes ia boleh kekal dan menjadi lebih serius.

Senggugut yang lebih serius pula akan berlarutan hingga mendatangkan masalah lain seperti kemandulan.



Apakah yang menyebabkan senggugut berlaku?

Pengeluaran sejenis bahan - prostoglandin secara berlebihan akan menyebabkan kesakitan yang dirasai ketika senggugt. Otot rahim akan mengecut (contraction) dengan lebih cepat.

Apakah pula yang menyebabkan pengeluaran bahan kimia ini?

Sesetengah penyakit pada sistem reproduksi juga boleh menyebabkan senggugut antaranya seperti jangkitan kuman,ketumbuhan pada salur peranakan dan rahim yang dinamakan fibroid.

Pengeluaran hormon yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan dinding rahim menebal dan mendatangkan penyakit lain yang dinamakan endometriosis yang boleh menyebabkan kemandulan.

Kitar haid yang tidak teratur disebabkan oleh terlalu kurus atau terlalu gemuk juga boleh mendatangkan senggugut.


----

Bidadari

Minuman kesihatanbernutrisi tinggi, sangat baik untuk remaja dan wanita terutamanya bagi yang telah berumah tangga. Bidadari mampu meningkatkan kesihatan dalaman wanita dan paling utama ia sangat berkesan untuk membina keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga. Bidadari juga membantu kepada wanita untuk mengatasi masalah senggugut.


Create your own banner at mybannermaker.com!


Testimoni 1:

Saya selalu mengalami senggugut ketika kedatangan haid dan menyebabkan saya tidak selesa serta mengganggu kehidupan seharian saya. Serang senggugut yang saya alami menyebabkan saya hilang ’mood’, tekak rasa loya, badan rasa seram sejuk sehingga saya terpaksa berbaring dan menyelimut diri.

Namun, selepas mengambil produk DCL – Bidadari, gejala senggugut yang saya alami semakin berkurang. Meskipun gejalanya tidak hilang serta merta tetapi kesannya Bidadari membolehkan saya melakukan harian saya berbanding dahulu (asyik tidur ketika mengalami senggugut).

Satu lagi kesan yang saya alami selepas mengambil Bidadari ialah kitaran haid saya kembali normal macam masa bujang. Terima kasih Bidadari.


Testimoni 2:

Saya masih bujang dan telah mengalami masalah senggugut sejak mula remaja. Setelah mengambil BIDADARI, senggugut yang menggangu hidup saya berbelas tahun lamanya telah hilang sepenuhnya. Selain itu keputihan yang serius yang sering saya alami juga semakin pulih.


Testimoni 3:

Saya dulu mengalami senggugut dan keputihan yang agak teruk. Rahim juga sering jatuh dan terpaksa beberapa kali berurut. Ianya menyukarkan untuk melakukan kerja-kerja rumah dan jarang untuk melakukan hubungan bersama suami. Setelah menggunakan bidadari, senggugut dan keputihan semakin pulih. Rahim tidak jatuh lagi dan keinginan bersama suami kembali terjalin.

---

Berminat atau ingin maklumat lanjut? Hubungi duitcukuplumayan@gmail.com atau sms 019.570.6776

Selasa, 10 Mac 2009

Wanita dan Haid

Apa itu haid?

Haid juga dikenali sebagai menstruasi. Ia menunjukkan anda kini menjadi seorang wanita. Apabila haid berlaku, anda akan mengalami pendarahan dari faraj. Haid yang berlaku adalah berbeza dari seorang wanita dengan wanita lain. Setiap kitaran haid adalah selama 3-7 hari. Tempoh antara sebuah kitaran haid ke kitaran seterusnya adalah berbeza iaitu di antara 21-35 hari.

Haid saya yang pertama

• Kanak-kanak perempuan akan mula mengalami haid semasa berumur 8-16 tahun.

• Purata umur seorang kanakkanak perempuan mengalami haid adalah pada umur 12 tahun.

• Menstruasi bermula apabila sistem pembiakan telah matang.

• Ia berlaku hasil daripada tindak balas hormon yang berinteraksi dengan tubuh badan seorang wanita.


Ragam wanita dan haid

Ada masanya masalah mungkin akan timbul, contohnya:

Sindrom Pra-Menstruasi (PMS)

• Ia mungkin berlaku beberapa hari sebelum anda didatangi haid.

• Anda mungkin mengalami cepat marah, rasa sedih dan kecewa serta keinginan yang kuat terhadap sesuatu.

• Anda juga akan merasa sebu dan sembap, sedikit sakit pada payudara dan jerawat mula timbul.

keadaan atau ragam di atas hanyalah untuk sementara sahaja dan anda akan berasa lebih baik sehari dua selepas anda didatangi haid.

Senggugut

• Ianya adalah perkara biasa semasa hari-hari awal haid anda.

• Ia juga dikenali sebagai dysmenorrhoea.

• Wanita yang mengalami senggugut akan berasa sakit pada bahagian bawah abdomen atau pada bahagian bawah belakang pinggang dan kaki.

• Senggugut boleh dilegakan dengan mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.

• Jika sakit anda amat teruk dan berpanjangan, berjumpalah dengan doktor segera.


Haid yang terlalu banyak

Mungkin berlaku akibat ketidakseimbangan hormon.

Apabila wanita mendapat haid yang terlalu banyak, wanita ini berkemungkinan mengalami:

• Pendarahan yang berpanjangan.

• Senggugut.

• Haid yang kerap dalam tempoh yang pendek.

Nota: Sila berjumpa doktor segera jika mengalami haid yang terlalu banyak.


Tidak datang haid

• Jangan risau, ia adalah perkara biasa bagi tahun pertama haid.

• Ia mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur.

• Sekiranya seseorang wanita itu mengamalkan seks secara aktif, tidak datang haid boleh menandakan beliau mengandung.

Nota: Sila rujuk doktor segera jika tidak datang haid mengikut jadual yang normal untuk nasihat lanjut.


Haid yang tidak teratur

Haid yang tidak teratur adalah haid yang tidak tetap:

• Haid mungkin berlaku terlalu awal atau terlalu lewat.

• Ia juga mungkin disebabkan oleh gangguan hormon yang menjadi punca haid yang tidak teratur.

Jika masalah ini terjadi, anda dinasihatkan:

• Menyimpan catatan dalam diari tentang kitaran haid anda setiap bulan.

• Mencatatkan tempoh masa setiap haid anda.

• Mencatatkan sama ada anda mengalami senggugut semasa haid.


Ingatlah, haid adalah satu kejadian normal dalam kehidupan wanita.

• Anda masih boleh bersenam dan melakukan perkara-perkara yang anda gemari.

• Menjaga kebersihan dan menukar tuala wanita dengan kerap.

• Anda boleh mengambil ubat penahan sakit seandainya mengalami senggugut.

• Menggunakan tampon dengan baik. Patuhi arahan yang diberikan.

Nota: Sekiranya anda mengalami demam, muntah-muntah, pening kepala mahupun rasa
kurang sihat semasa menggunakan tampon, segeralah berjumpa dengan doktor anda. Anda
mungkin mengalami keadaan serius yang dikenali sebagai Sindrom Kejutan Toksik.


Perlukah wanita mengambil ubat bagi haid yang tidak teratur atau haid yang terlalu banyak?

• Ia perlu bagi memperbetulkan haid anda.

• Jangan mengambil ubat tanpa nasihat doktor.

• Sila rujuk doktor anda untuk nasihat lanjut.



----


Produk Bidadari DCL adalah pemakanan tambahan yang membantu wanita untuk mengurus haid dengan cara yang sihat.

*** PERHATIAN: Bidadari tidak boleh diambil semasa kedatangan haid atau ketika mengandung.