Memaparkan catatan dengan label DCL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DCL. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Februari 2009

DCL lahirkan usahawan jutawan Melayu


Perniagaan pemasaran jualan langsung pelbagai peringkat atau MLM (multilevel marketing) telah lama bertapak di negara ini.

Dunia sedang menyaksikan satu aliran raksasa di dalam industri MLM dengan penghasilan jualan mencecah ratusan bilion dolar setahun dan ia terus berkembang.

Bagaimanapun, kebanyakan syarikat MLM yang ada lebih mengutamakan keuntungan semata-mata dan kurang memberi penekanan kepada kesucian (halal) produk dan kesan sampingan pengguna, serta memberi lebih keadilan kepada pengedar.

De Classic Life (M) Sdn. Bhd. atau DCL, perniagaan yang berorientasikan sistem MLM tulen memberi peluang kepada pengedar-pengedarnya untuk mengubah kehidupan, sehingga berjaya melahirkan beberapa jutawan dan ramai lagi yang bebas kewangan.

Pertemuan wartawan Meran Abu Bakar dan jurugambar Zulhafiz Hanafiah dengan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DCL, Datuk Stapa Omar, 49, anak kelahiran Kampung Meraga, Kijal, Kemaman, Terengganu, di pejabatnya, Wisma DCL, Wangsa Melawati, mengungkap perjuangannya selama 10 tahun bagi membina empayar perniagaan dengan fokas utamanya membina rangkaian perniagaan yang berasaskan MLM tulen.

Pada masa sama memberi peluang kepada anak-anak Melayu dan sesiapa juga mencipta peluang perniagaan untuk diri, masyarakat dan bangsa.

Wartawan KOSMO: Boleh Datuk ceritakan bagaimana Datuk memulakan perniagaan DCL.

Dato Stapa: Sepanjang saya bergiat sebagai seorang pengedar bebas selama 14 tahun dan lima tahun sebagai pengurus kanan di beberapa syarikat MLM, saya dapati kebanyakan syarikat hanya mementingkan keuntungan syarikat tanpa berlaku adil terhadap pengedar dan pengguna.
Pengedar terutamanya pemimpin atasan tidak memperoleh pendapatan yang sewajarnya dengan kerja mereka.
Manakala pengguna pula sering terdedah dengan produk yang tidak halal dan memberi kesan sampingan.
Bertitik-tolak daripada itu saya terpanggil untuk menubuhkan syarikat MLM sendiri dengan menitikberatkan keadilan kepada pengedar dan pengguna.
Maka pada 1998 saya memulakan langkah meskipun berdepan dengan segala kepayahan dan kini alhamdulillah terus berkembang pesat hingga ke pasaran global seperti Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia.
Insya-Allah kami akan mengembangkan ke beberapa negara lagi pada tahun ini.

Wartawan KOSMO: Selain mencari keuntungan, apakah sebenarnya objektif DCL ditubuhkan?

Dato Stapa: Bagi saya, bukan sahaja duit penting malah akhirat tidak boleh diketepikan. Saya melihat banyak ketidakadilan pada pengedar dan saya ingin menegakkan keadilan dan memegang moto ‘lebih adil lebih sukses’.


Saya mahukan keadilan yang lebih menyeluruh, iaitu kepada pengguna, pengedar dan syarikat.
Keuntungan peribadi bukan tujuan utama.


Objektif utama saya adalah untuk membina ekonomi ummah berdikari dan mahu semua mendapat untung.


Win-win situation menjadi pegangan kami. Alhamdullillah dengan sokongan semua, DCL kini merupakan syarikat mlm bumiputera terunggul di rantau ini.

Wartawan KOSMO: Apakah cabaran- cabaran yang dihadapi?

Kegawatan industri MLM, justeru bahana skim cepat kaya yang bertopengkan MLM, memberi impak negatif dalam industri.


Namun, cabaran utama ialah sukar mendapat sokongan daripada orang Melayu sendiri pada awal penubuhan.


Wartawan KOSMO: Adakah Datuk berbangga kerana usaha Datuk sudah menampakkan kejayaan?


Dato Stapa: Sudah tentu kerana DCL berjaya melahirkan ramai jutawan dan ramai lagi yang memiliki kebebasan kewangan, selain mempunyai seramai 350,000 orang pengedar.


Wartawan KOSMO: Siapakah fokus utama DCL?

Dato Stapa: Fokus utama kami ialah golongan pertengahan dan bawahan kerana mereka adalah kuasa beli utama di Malaysia.


Bagaimanapun kami sudah mula menghasilkan produk untuk sasaran elit, iaitu alat rawatan air, selain daripada beberapa produk yang sedia ada seperti Bidadari, Nu Age dan beberapa yang lain.


Kita kena ada strategi pemasaran untuk tembusi pasaran elit.

Mungkin Datuk ada tip yang boleh dikongsi dengan usahawan Melayu lain bagi mencapai kejayaan dalam perniagaan.

Pertama buat pilihan perniagaan yang betul.


Kedua, buatlah dengan cara yang betul dan ketiga, buat betul-betul (total commitment).


Beri lebih daripada apa yang kita terima, kita akan terima lebih daripada apa yang kita beri.


Apabila ‘memberi’, hendaklah beri dengan ikhlas, dan jangan takut gagal, justeru kejayaan hanya untuk orang yang berani saja.

Wartawan KOSMO: Difahamkan DCL mempunyai tabung kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Dato Stapa: Saya percaya Allah memberi rezeki kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain yang memerlukan.


DCL mempunyai tabung kebajikan khas untuk membantu insan yang memerlukan.

DCL menjadikan Rumah Penjagaan Titian Kasih di Titiwangsa sebagai anak angkat dan mencukupkan keperluan mereka.


Kami akan menyerahkan sebuah bas sekolah untuk keperluan mereka pada 26 Januari ini.

Saya juga merancang untuk menubuhkan Yayasan DCL bagi menguruskan dana yang disumbang oleh syarikat dengan lebih teratur.

Wartawan KOSMO: Ringkasan mengenai DCL


Dato Stapa: De' Classic Life atau lebih dikenali dengan panggilan DCL merupakan sebuah syarikat milik bumiputera yang berorientasikan pemasaran jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).

Kini, DCL yang telah memasuki operasi tahun yang ke-10 telah membuktikan bahawa ia telah berjaya membantu melahirkan ramai usahawan jaya dan ramai orang yang bermasalah dengan kesihatan dan kecantikan.

Kilang - De Classic Manufacturing (M) Sdn. Bhd. - bertanggungjawab mengeluarkan sebahagian daripada produk yang dipasarkan oleh syarikat DCL dan syarikat kumpulan serta syarikat pemasaran luar.

Objektif penubuhan DCL:

* Membina ekonomi ummah berdikari.

* Membina kesihatan & kecantikan secara semula

* Menyediakan peluang perniagaan yang lebih baik dan lebih mudah untuk lebih sukses.

* Memperjuang dan mengangkat martabat industri MLM yang tulen dan beretika.

Visi

* Membina pasaran global.

* Membina rakan niaga/usahawan supaya mencapai kemerdekaan kewangan.

* Menjadi pengeluar dan pengedar produk alternatif yang memberikan sumbangan yang besar terhadap masalah kesihatan dan kecantikan sejagat tanpa memberi risiko atau tanpa kesan sampingan terhadap pengguna dan dengan harga yang berpatutan.

Misi

* Menyediakan wadah perjuangan untuk pejuang tulen.

* Mewujudkan pelan pemasaran yang unik, mudah dan menguntungkan.

* Menghasilkan produk alternatif berkualiti berbeza daripada pesaing-pesaing.

* Komitmen pemasaran yang tinggi (efektif servis) terhadap pengedar-pengedar dan memberi latihan yang sistematik bagi mencapai objektif syarikat.

* Membina pengedar yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan mampu bersaing di pasaran global.

Syarikat-syarikat kumpulan yang juga menyumbang kepada perkembangan DCL

* D'Eagle Motivation

* De Classic Life (M) Sdn. Bhd.

* PT De Classic Life Indonesia

* De Classic Life Worldwide Indonesia

* De Classic Life Worldwide Thailand

* D’Navechee Beauty (M) Sdn. Bhd.

* D’Navechee Global

* Butik D’Navechee (M) Sdn. Bhd.

* S’N Art Publishing Sdn. Bhd.

* De Classic Manufacturing Sdn. Bhd.

* Gigatronics (M) Sdn. Bhd.

* DCL Global (S) Pte. Ltd.

* D’Navechee Beauty (S) Pte. Ltd.

* Rangkaian Restoran

* Propety & Construction


- KOSMO


[Berminat? Maklumat @ Pertanyaan : duitcukuplumayan@gmail.com ]

Khamis, 26 Februari 2009

Dato Stapa lahirkan Jutawan Melayu

MASA yang beredar pasti tidak terasa sepanjang perbualan dengan lelaki bertubuh 'slim' dan tinggi ini kerana kepetahannya bercakap mampu menaikkan semangat pendengar, sesuai dengan kepakarannya sebagai perunding motivasi.

Gayanya bercakap dengan nada suara yang mengikut kepentingan subjek yang ingin diperkatakan dan keyakinan diri tinggi yang dilihat jelas pada dirinya, cukup mengkagumkan.
Bagaimanapun, Stapa Omar bukan hanya ingin 'menjual' kepakarannya memotivasikan orang ramai, sebaliknya berkongsi peluang perniagaan bagi memajukan ummah supaya orang Melayu boleh berbangga dengan kemampuan ekonominya di negara sendiri."

Apa yang saya ada hari ini bukan datang bergolek. Saya mungkin memiliki rangkaian syarikat dan bangunan perniagaan sendiri, mendiami rumah selesa dan memandu kenderaan mewah, tetapi saya sentiasa berpijak di bumi nyata."Rezeki melimpah dikurniakan Allah SWT dan kemewahan hidup hari ini tidak pernah melupakan saya mengenai perjuangan asal untuk membangunkan diri dan keluarga serta ummah keseluruhannya.

"Segala yang ada ini bukan hadir sehari dua. Ia menuntut pengorbanan dan komitmen tinggi untuk berjaya. Pengalaman ini yang saya ingin berkongsi dan membantu seramai mungkin Bumiputera untuk berjaya bersama saya," katanya.





Mengimbau zaman sukar dalam hidupnya, Stapa yang mengasas dan menerajui De Classic Life (M) Sdn Bhd (DCL), syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera antara yang terbesar di negara ini, berkata dia menjadi 'ahli perniagaan' sebelum memasuki alam persekolahan rendah lagi.

"Bermula dengan menolong arwah nenek menjual kuih di sekeliling kampung dengan upah antara 10 hingga 20 sen, saya mengikuti arwah ibu (Cik Wan Teh Othman) setiap kali cuti sekolah memasuki kawasan estet untuk menjual kuih dan kain batik."

Kadangkala kami bergerak dari satu estet ke estet lain dan hanya pulang ke rumah dua atau tiga hari kemudian. Ketika itu, kami tidur di merata-rata, dengan tempat ibu menjaja menjadi lokasi utama melelapkan mata secara bergilir-gilir antara saya dan ibu," katanya.

Stapa berkata, makan sekali sehari dan ubi kayu menggantikan nasi adalah perkara biasa ketika zaman kanak-kanak dan remajanya."Kalau boleh tumpang tengok televisyen di rumah wakil rakyat atau restoran ketika itu cukup seronok.

"Ketika itu arwah ayah saya (Omar Abdullah) bekerja kampung dengan menanam sayur dan menjadi nelayan. Bukan untuk dijual, tetapi sekadar untuk makanan sendiri."Saya tidak menyalahkan ibu bapa apabila ditimpa kesusahan ketika zaman kanak-kanak kerana mereka tiada peluang (untuk memperbaiki kehidupan), sebaliknya kesusahan itu membangkitkan semangat saya untuk keluar dari kepompong kemiskinan," katanya.

Berikutan minat mendalam di bidang perniagaan, Stapa memasuki Open University of Malaysia di Johor sebelum mengambil Sarjana Motivasi di universiti sama."Ketika itu saya belajar sambil bekerja. Pada waktu malam pula saya belajar muzik kerana turut mempunyai minat mendalam dalam bidang itu.

"Hujung bulan pula saya akan ke Singapura untuk membeli barangan terpakai dan ke Thailand membeli barangan kulit untuk dijual kepada pekerja ladang sekitar Johor dan Felda Gugusan Tun Razak."Ia meletihkan, tetapi seronok. Ini kerana sudah terpahat dalam kepala yang satu hari nanti saya akan menjadi ahli korporat dan motivator," katanya yang memulakan DCL pada 1998 dengan modal sebanyak RM400,000.

Stapa berkata, wang pelaburan itu adalah hasil simpanan beliau sepanjang bekerja dengan beberapa syarikat di Sabah dan Kuala Lumpur."Ketika itu zaman kegawatan. Ramai tidak yakin dengan keputusan saya dan isteri untuk memulakan DCL. Bagaimanapun, kami nekad dan saya percaya kami akan berjaya dengan syarat perlu korbankan apa saja, masa, tenaga dan harta benda.

"Tidur dalam kereta di tepi jalan beberapa tahun awal penubuhan syarikat ini adalah biasa bagi kami suami isteri dan seperti diduga, cabaran silih berganti," katanya.Bagaimanapun, beliau berpegang kepada prinsip 'orang berjaya mencari cara, orang gagal mencari alasan'.

Perjuangan diteruskan untuk meletakkan DCL di pasaran global dan antara syarikat paling berjaya di negara ini."Syukur kepada Allah kerana DCL berjaya melepasi ujian getir dan kini di tahun kesembilan beroperasi.

Malah, kami juga berjaya menembusi pasaran Brunei, Singapura dan terbaru, Indonesia."Tahun lalu kita mencatat penjualan produk tertinggi menerusi rangkaian stokis dan ahli kita dengan jumlah RM36 juta manakala sasaran tahun ini pula RM50 juta.

Ahli DCL juga mencapai 50,000 tahun lalu dan terus berkembang hari ini."Bagaimanapun, kepuasan paling utama ialah apabila kita berjaya melahirkan ahli jutawan dan mengeluarkan mereka yang dibelenggu kemiskinan kepada kehidupan lebih selesa, sekali gus menepati slogan DCL iaitu 'Membina Ekonomi Ummah Berdikari'," katanya.

Stapa juga bersyukur kerana limpahan rezeki itu membolehkannya mengembangkan perniagaan dengan menubuhkan beberapa rangkaian syarikat daripada kecantikan, fesyen, perunding motivasi, percetakan dan restoran.

Namun, bagi Stapa, perjalanannya masih jauh dan beliau ingin membawa seberapa ramai insan untuk berjaya kerana menjadi visinya untuk melahirkan seberapa ramai jutawan Bumiputera yang termampu."

Ini kerana saya percaya kepada janji Allah. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud 'Meskipun sebesar zarah kebaikan, tetap akan dibalas', justeru, berjuanglah dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan daripada manusia."

Saya percaya kepada keikhlasan dalam perniagaan. Kita tidak perlu bersikap hipokrit, membodek dan sebagainya kerana apabila kita ikhlas, pasti Allah akan mengizinkan kejayaan kita," katanya.

Isteri, ibu cetus bara niaga di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada seorang wanita dan bagi Stapa, beliau bersyukur kerana dikurniakan isteri, Azlina Che Abdullah, yang bukan saja begitu memahami, tetapi sanggup 'berenang lautan api' bersamanya untuk merealisasikan impian mereka.

"Bukan mudah untuk mendapat pasangan hidup yang berkongsi satu impian dan bersama kita pada saat susah dan senang untuk memberi kekuatan bagi mengharungi pahit getir dunia perniagaan."

Selain isteri, arwah ibu (Cik Wan Teh Othman) turut memainkan fungsi penting terhadap semangat berniaga dalam diri saya hari ini. Ini kerana sebaik membuka mata di dunia ini, ibu berniaga kuih untuk membesarkan kami 12 beradik.

"Boleh dikatakan arwah ibu adalah tunjang keluarga kerana mencari rezeki untuk kami. Walaupun hanya 'cukup makan', ketabahan dan kecekalan ibu menjadi azimat dalam kehidupan saya hari ini," katanya.

Apabila ditanya rahsia untuk berjaya dalam perniagaan, Stapa memberi beberapa nasihat, tetapi prinsip utama yang harus dipegang seseorang itu adalah bekerja melebihi apa yang perlu dikerjakan.

"Kita tidak boleh bersikap malas dan mengharapkan orang lain. Kita tidak boleh mengharapkan rezeki terpijak, sebaliknya berusaha keras untuk mencapai apa diimpikan," katanya.

Beliau yang bercita-cita untuk membina organisasi kepada orang tua, anak yatim dan orang miskin juga berpesan, kejayaan dalam hidup, terutama kepada ahli perniagaan, ialah keberanian di dalam masing-masing."

Jangan takut jatuh kerana kita perlu bangun semula. Kita tidak akan jatuh selama-lamanya. Layang-layang tidak akan naik tanpa melawan arus angin, justeru apa saja masalah dan cabaran harus dihadapi dengan tabah," katanya.


PROFIL

NAMA: Stapa OmarUMUR: 47 tahun

ASAL: Kampung Meraga, Kijal, Kemaman, Terengganu

PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan dan Sarjana Motivasi dari Open University of Malaysia

ADIK-BERADIK: Anak bongsu daripada 12 beradik

ISTERI: Azlina Che Abdullah

PENGALAMAN KERJA: Pengurus ladang, pengurus kanan pemasaran, perunding motivasi dan jurulatih perniagaan

PENGALAMAN BERNIAGA: Kontraktor, kedai runcit, restoran, pengedar industri jualan langsung dan ejen insurans

JAWATAN SEKARANG:

  • Pengerusi Eksekutif De Classic Life (M) Sdn Bhd;

  • Pengarah Eagle Consultancy;

  • Pengarah D'Navechee Beauty (M) Sdn Bhd;

  • Pengarah Urusan SN Publishing Sdn Bhd;

  • Pengarah Urusan De Classic Manufacturing Sdn Bhd;

  • Pengarah D'Navechee Butik Sdn Bhd;

  • Pengarah D'Navechee Global;

  • Pengarah Nasi Dagang Ulek Mayang;

  • Pengarah Sinar Ramadhan Enterprise;

  • Presiden ClubDCL.Com;

  • Presiden Club D'Navechee

Laman web rasmi Dato Stapa Hj Omar : http://www.datostapa.net/

[ Berminat? Maklumat lanjut @ pertanyaan : duitcukuplumayan@gmail.com ]