Memaparkan catatan dengan label Dato Stapa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dato Stapa. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mac 2009

DCL Wadah Perjuangan... Lebih ADIL, lebih SUKSES!

Menghadapi Penolakan

Menghadapi Penolakan







Bagi seorang usahawan yang berjaya, penolakan adalah suatu yang lumrah, dan menyedari bahawa, untuk dapat jumlah jawapan ‘YA’ yang realistic, dia terpaksa bersedia dan sanggup mendengar banyak jawapan ‘TIDAK’.

Jika anda tidak mahu kepada sebarang penolakkan, saya boleh kongsikan anda dengan satu cara, bahkah inilah satu-satunya cara ‘yang pasti’. Caranya adalah dengan tidak meminta dan mengharapkan apa-apa pun daripada prospek dan bakal pelanggan anda.

Dalam erti kata yang lain, jangan membuat janji temu, dan jangan cuba berkongsi tentang faedah barangan atau bagaimana anda dapat menolong menyelesaikan masalah mereka. Dengan cara ini pastinya anda tidak dibantah. Malangnya anda juga tidak mendapat apa-apa jualan dan membina rangkaian anda.

Bagaimana saya bukan pula bermaksud, bahawa jira anda tidak suka dibantah (penolakan), maka anda harus mengelak atau meninggalkan bidang ini. Sebenarnya hampir tiada orang yang suka dengan penolakan. Mereka kadang-kadang sedikit kecewa apabila berhadapan dengan penolakan.

Namur, bagi mereka ini (usahawan yang berjaya), jawapan ‘TIDAK’ adalah sebagai tanda ‘penglibatan’. Usahawan berjaya sentiasa menyedari, sekali prospek atau bakal pelanggan mengatakan ‘TIDAK’ bukan bermakna akan kekal ‘TIDAK’ buat selamanya.

Yang pasti, lebih banyak jawapan ‘TIDAK’ akan mendekatkan kepada jawapan ‘YA’. Munkin prospek dan bakal pelanggan anda belum memahami dan yakin terhadap produk, perkhidmatan atau peluang peniagaan yang anda kongsikan.

Justeru itu, tidakkah anda terfikir, kebanyakkan mereka yang menolak (mengatakan tidak) sebenarnya ingin memahami lebih mendalam tentang produk, perkhidmatan atau peluang perniagaan yang anda ingin kongsikan.

Tidak dinafikan juga sebahagian yang menolak adalah terdiri daripada prospek yang membantah justeru, untuk menidakkan produk, perkhidmatan atau peluang untuk ’mengenakan’ anda, agar membeli produk atau perkhidamatan yang dijualnya, atau menyertai perniagaan yang mereka sedang jalankan.

Mereka juga membantah (menolak) justeru mempertahankan apa yang mereka lakukan. Sehubungan itu, cuba kenal pasti golongan ini, dan jangan terlalu menghabiskan masa dengan mereka.

Namun, jika anda berjaya menyakinkan mereka bahawa mereka harus melakukan penghijrahan demi sebuah keberhasilan yang lebih baik tidak mustahil akan berlaku, apabila mereka juga menyedari produk, perkhidmatan atau perniagaan yang mereka jalankan tidak lagi relevan. Oleh itu, anda harus melakukan susulan berterusan.

Usahawan yang dihormati,

Jangan bimbang dengan bantahan atau penolakan. Tiada bantahan yang membuat anda perlu risau. Lazimnya, sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, bantahan adalah satu penglibatan atau prospek ingnkan penjelasan. Manakala tanpa apa-apa bantahan selalunya tiada apa-apa penghasilan.

Oleh yang demikian hadapi bantahan (penolakan) dengan tenang. Kenal pasti jenis-jenisnya dan pelajari teknik-teknik menjawab bantahan. Pengalaman semasa berhadapan dengan penolakkan juga akan memberi pengalaman berguna.

Setelah anda boleh menguasai diri dan tidak berputus asa dengan sebarang penolankan, anda sebenarnya sedang menuju sebuah kejayaan.


Ikhlas,

Datuk Stapa Hj Omar & Datuk Azlina Hj Che Abdullah





- Dipetik dari InfoDCL Oktober 2008



Berminat sertai DCL? Sila hubungi atau sms 019.5706776 atau email duitcukuplumayan@gmail.com

Jumaat, 27 Februari 2009

Membina impian bersama DCL


Semua manusia mengimpikan kesenangan hidup.
Kesenangan dari segi material atau disebut juga kemewahan bukanlah datang bergolek dalam sekelip mata.
Tiada jalan yang mudah untuk mengecap kemewahan melainkan berusaha bersungguh-sungguh tanpa kenal erti jemu.

Cara untuk mengecap kemewahan juga berbeza bagi setiap individu.
Walau bagaimanapun, ramai bersetuju perniagaan boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan kalau kena dengan caranya.
Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda bahawa sembilan persepuluh sumber ekonomi dijanakan daripada perniagaan.

Bagi Stapa Omar, 47, kesenangan yang dikecapi hari ini adalah hasil usahanya berbekalkan keyakinan diri yang tinggi. Menceburi bidang jualan langsung lebih 25 tahun, cukup mematangkan dirinya dalam selok belok perniagaan tersebut.

Katanya, industri jualan langsung mempunyai potensi yang besar lagi menguntungkan kalau kena caranya.

"Sebagai pengedar, tidak memerlukan modal yang besar, tapi mampu menjana keuntungan berlipat ganda bahkan boleh menjadi jutawan," katanya.

Berbekalkan pengalaman yang dikutip sebagai pengedar, pengurus kanan, perunding motivasi dan latihan di beberapa syarikat MLM serta pengalaman sebagai usahawan perniagaan konvensional, Stapa dan isterinya, Azlina Che Abdullah membina De Classic Life (M) Sdn Bhd (DCL) dengan bermodalkan RM400,000.

Bermula pada tahun 1998, DCL hanya mempunyai dua produk ketika itu iaitu gel pelangsing badan dan Habbatus Sauda.

Kini, setelah lebih tujuh tahun, Stapa yang menjadi Pengarah Urusan DCL boleh berbangga kerana syarikatnya telahpun berkembang dan mempunyai syarikat kumpulan perniagaan sendiri.

Wisma DCL berharga lebih 1 juta yang terletak di Wangsa Melawati turut membuktikan kehebatan syarikat ini. Dari modal berbayar hanya RM100,000, DCL kini mempunyai RM1 juta hingga RM2 juta untuk penyediaan barangan.

Antara syarikat yang bernaung di bawah DCL ialah D'Navechee Beauty (M) Sdn Bhd, perniagaan produk kecantikan dan kesihatan; SN Art Publishing, yang bertindak menerbit dan mencetak risalah perniagaan serta syarikat IT, Gigatronics (M) Sdn Bhd.

SN Art Publishing turut menerbitkan majalah "Montel" untuk kanak-kanak pra-sekolah dan awal persekolahan. Selain majalah umum yang lain, SN Art juga beroperasi sebagai syarikat penerbit untuk badan berkanun dan swasta.

DCL juga mempunyai kilang sendiri, De Classic Manufacturing di Bukit Beruntung dan Ukay Perdana yang menghasilkan produk-produk DCL.

Disinilah letaknya keistimewaan DCL kerana sebahagian besar produknya diproses dan dibungkus sendiri.
DCL juga melakukan pembangunan dan penyelidikan oleh saintis perunding bagi menghasilkan produk yang dijamin halal dan berkualiti.

Rangkaian produk DCL kini telah melebihi daripada 20 jenis yang berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan.

DCL kini mempunyai 40,000 pengedar di seluruh negara, Singapura dan Brunei.
Menurut Stapa, syarikatnya akan menembusi pasaran Indonesia secara rasmi pada bulan Januari depan dengan modal berbayar RM1 juta.
Buat permulaan, DCL akan memberi tumpuan di sekitar Jakarta.

Bercakap mengenai pencapaian DCL, Stapa berkata, jualan yang dicatatkan pada tahun kewangan 2005 adalah sebanyak RM36 juta.

"Saya menyasarkan jualan pada 2006 meningkat antara RM50 hingga RM60 juta," ujarnya penuh yakin.

Antara produk-produk DCL yang mendapat sambutan hangat ialah Bidadari, Kopi Red Guara, D Brain & E Brain, Venergy dan Nu Age.

Bidadari adalah minuman tambahan berkhasiat khusus untuk kesihatan dan kecantikan wanita.
Dihasilkan dengan bahan semulajadi seperti madu asli, manjakani, akar serapat, jarum emas, kacip fatimah untuk membina sistem rahim yang baik, meningkatkan seri wajah dan menjaga hubungan intim suami isteri.

Kopi Red Guara pula diperbuat daripada kopi arabica yang diimport, diadaun bersama ekstrak guarana, ubi bit merah, yis beras merah dan krimer kacang soya.

Kopi ini memang menjadi pilihan khususnya kepada penggemar kopi. Ianya terbukti baik untuk kecergasan dan meningkatkan tahap kesihatan.

Bagi meningkat kecerdasan fungsi sel-sel otak, terdapat dua pilihan iaitu D Brain untuk kanak-kanak dan E Brain untuk dewasa dan juga warga emas.

Venergy adalah kapsul ramuan herba untuk meningkatkan tenaga seksual dan kesihatan keseluruhan lelaki.

Mereka yang inginkan kulit sihat dan menawan pula, Nu Age menjadi pilihan yang tepat. Mengandungi ekstrak bio marin, ia sesuai bagi semua peringkat umur dan jantina.

Selain itu, DCL juga mempunyai pelbagai lagi produk lain yang khusus untuk kesihatan dan kecantikan.

Bagi tujuan promosi, DCL telah menggunakan khidmat pelakon terkenal, Arash Mohamad sebagai jurucakap bagi produk DCL sejak setahun yang lalu.

Sementara itu Arash pula berpendapat, selain membantu mengekalkan popularitinya sebagai artis, produk DCL juga memberi manfaat kesihatan kepadanya.

"Saya pernah ditawarkan untuk menjadi duta bagi satu produk kesihatan, tapi menolak kerana hati saya belum terbuka," katanya.

Tetapi ketika ditawarkan oleh DCL, Arash mengambil masa tidak sampai seminggu untuk menerima kerana yakin dengan produk tersebut.

"Selepas dua tiga hari menggunakan Kopi Red Guara, saya dapat rasakan perubahan yang drastik pada diri".

Kata Arash lagi, dia bukan sahaja menjadi jurucakap produk DCL tetapi juga ahli DCL.

Arash menganggap kerjayanya bersama DCL lebih kepada sifat tolong menolong untuk kepentingan bersama.

"Siapa lagi nak bantu usahawan bumiputera, kalau bukan kita," tambahnya mengakhiri perbualan.
Utusan Malaysia - 24 Disember 2005
[Berminat? Maklumat @ pertanyaan : duitcukuplumayan@gmail.com ]

Khamis, 26 Februari 2009

Shueqry dan Dato Stapa

Saya bersalaman dengan Datuk Stapa Omar pada pertengahan tahun 2006, bila pergi berjumpa beliau bersama seorang kawan.

Datuk Stapa seorang yang sangat peramah, very humble dan boleh bergaul dengan semua orang, tak kira siapa pun.

Waktu itu, dia masih belum bergelar Datuk dan isterinya dikenali dengan panggilan Puan Azlina Che Abdullah.

Saya kagum dengan kekentalan semangat mereka berdua.

Jasa Datuk Stapa amat besar. Syarikatnya telah membimbing ramai usahawan bumiputera menjadi pengedar berjaya lalu merubah taraf hidup masing-masing, menjadi luar biasa dari yang kehidupan yang biasa-biasa.

Saya faham, tak semua orang suka jualan langsung.

Sebab, orang yang join jualan langsung ni dianggap datang ‘mengacau’, semata-mata nak jual produk!

Terus terang saya kata, itulah persepsi saya dulu. Kawan datang nak offer produk jualan langsung, saya terus terang menolak depan-depan.

Rupa-rupanya, kawan saya ni, lebih banyak penolakan yang dia terima, makin bersemangat dia jadinya.

Tak siapa tahu industri jualan langsung di Malaysia melahirkan lebih ramai jutawan berbanding model perniagaan lain. Jika network kukuh dan Anda bijak menjaga ahli group Anda, ditambah dengan timing yang ngam, Anda boleh menjana ribuan ringgit seminggu.

Ya, seminggu. Bukan sebulan.

Saya banyak mengkaji sikap orang-orang yang berjaya dan salah satu daripada mereka adalah Datuk Stapa. Dari apa yang saya lihat, beliau bekerja dua kali ganda lebih kuat dari orang-orang bawahannya, walaupun dia dah menjadi lebih dari seorang jutawan.

Datuk Stapa Omar membuktikan apa yang pernah dikatakan olehnya. Bila ditanya tentang rahsia kejayaan dalam bisnes, khususnya bisnes jualan langsung, katanya.. “perlu bekerja melebihi apa yang perlu dikerjakan”.

Kita tidak boleh bersikap malas dan mengharapkan orang lain. Kita tidak boleh mengharapkan rezeki terpijak, sebaliknya berusaha keras untuk mencapai apa diimpikan,” katanya lagi.

Pada tahun 1998, kegawatan ekonomi melanda. Ramai kenalan mereka sangsi dengan keputusan mereka untuk menubuhkan syarikat DCL.

Namun, berkat kerja keras, pacuan motivasi dan sokongan padu dari rakan niaga dan pengedar DCL, syarikat ‘muda’ itu kini menjadi salah satu syarikat jualan langsung paling kukuh di Malaysia.

Prinsip “orang berjaya mencari cara, orang gagal mencari alasan” patut kita serapkan dalam diri kita juga, tak kira apa kita pelajar, pekerja atau usahawan, tak kira usahawan Internet atau usahawan jualan langsung.

jika Anda tak pasti kejayaan cemana yang Anda mahukan, tanya diri dengan soalan ini :

1. Sebab apa aku mahu berjaya?
2. Untuk apa aku mahu berjaya?
3. Dengan cara apa aku boleh berjaya?

Atau tanya diri dengan 4 soalan ini..

1. Apa yang aku mahu buat?
2. Kenapa aku mahu buat?
3. Dengan cara apa aku boleh buat?
4. Apalagi yang perlu di buat?

Tanya diri Anda, tanya, tanya dan terus tanya sehingga Anda benar-benar serasi dengan jawapan yang lahir dari hati Anda.

Kita masih belum berjaya sebab kita tak spesifik.

Orang berjaya boleh mencapai berjaya kerana mereka tahu sebab apa mereka mahu berjaya, untuk apa mereka berjaya dan dengan cara apa mereka boleh berjaya.

[dipetik daripada blog Shueqry: http://www.imotivasi.com/rahsia-kejayaan-datuk-stapa-omar-dalam-bisnes/


[ Berminat? Maklumat lanjut @ pertanyaan : duitcukuplumayan@gmail.com ]

Dato Stapa lahirkan Jutawan Melayu

MASA yang beredar pasti tidak terasa sepanjang perbualan dengan lelaki bertubuh 'slim' dan tinggi ini kerana kepetahannya bercakap mampu menaikkan semangat pendengar, sesuai dengan kepakarannya sebagai perunding motivasi.

Gayanya bercakap dengan nada suara yang mengikut kepentingan subjek yang ingin diperkatakan dan keyakinan diri tinggi yang dilihat jelas pada dirinya, cukup mengkagumkan.
Bagaimanapun, Stapa Omar bukan hanya ingin 'menjual' kepakarannya memotivasikan orang ramai, sebaliknya berkongsi peluang perniagaan bagi memajukan ummah supaya orang Melayu boleh berbangga dengan kemampuan ekonominya di negara sendiri."

Apa yang saya ada hari ini bukan datang bergolek. Saya mungkin memiliki rangkaian syarikat dan bangunan perniagaan sendiri, mendiami rumah selesa dan memandu kenderaan mewah, tetapi saya sentiasa berpijak di bumi nyata."Rezeki melimpah dikurniakan Allah SWT dan kemewahan hidup hari ini tidak pernah melupakan saya mengenai perjuangan asal untuk membangunkan diri dan keluarga serta ummah keseluruhannya.

"Segala yang ada ini bukan hadir sehari dua. Ia menuntut pengorbanan dan komitmen tinggi untuk berjaya. Pengalaman ini yang saya ingin berkongsi dan membantu seramai mungkin Bumiputera untuk berjaya bersama saya," katanya.





Mengimbau zaman sukar dalam hidupnya, Stapa yang mengasas dan menerajui De Classic Life (M) Sdn Bhd (DCL), syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera antara yang terbesar di negara ini, berkata dia menjadi 'ahli perniagaan' sebelum memasuki alam persekolahan rendah lagi.

"Bermula dengan menolong arwah nenek menjual kuih di sekeliling kampung dengan upah antara 10 hingga 20 sen, saya mengikuti arwah ibu (Cik Wan Teh Othman) setiap kali cuti sekolah memasuki kawasan estet untuk menjual kuih dan kain batik."

Kadangkala kami bergerak dari satu estet ke estet lain dan hanya pulang ke rumah dua atau tiga hari kemudian. Ketika itu, kami tidur di merata-rata, dengan tempat ibu menjaja menjadi lokasi utama melelapkan mata secara bergilir-gilir antara saya dan ibu," katanya.

Stapa berkata, makan sekali sehari dan ubi kayu menggantikan nasi adalah perkara biasa ketika zaman kanak-kanak dan remajanya."Kalau boleh tumpang tengok televisyen di rumah wakil rakyat atau restoran ketika itu cukup seronok.

"Ketika itu arwah ayah saya (Omar Abdullah) bekerja kampung dengan menanam sayur dan menjadi nelayan. Bukan untuk dijual, tetapi sekadar untuk makanan sendiri."Saya tidak menyalahkan ibu bapa apabila ditimpa kesusahan ketika zaman kanak-kanak kerana mereka tiada peluang (untuk memperbaiki kehidupan), sebaliknya kesusahan itu membangkitkan semangat saya untuk keluar dari kepompong kemiskinan," katanya.

Berikutan minat mendalam di bidang perniagaan, Stapa memasuki Open University of Malaysia di Johor sebelum mengambil Sarjana Motivasi di universiti sama."Ketika itu saya belajar sambil bekerja. Pada waktu malam pula saya belajar muzik kerana turut mempunyai minat mendalam dalam bidang itu.

"Hujung bulan pula saya akan ke Singapura untuk membeli barangan terpakai dan ke Thailand membeli barangan kulit untuk dijual kepada pekerja ladang sekitar Johor dan Felda Gugusan Tun Razak."Ia meletihkan, tetapi seronok. Ini kerana sudah terpahat dalam kepala yang satu hari nanti saya akan menjadi ahli korporat dan motivator," katanya yang memulakan DCL pada 1998 dengan modal sebanyak RM400,000.

Stapa berkata, wang pelaburan itu adalah hasil simpanan beliau sepanjang bekerja dengan beberapa syarikat di Sabah dan Kuala Lumpur."Ketika itu zaman kegawatan. Ramai tidak yakin dengan keputusan saya dan isteri untuk memulakan DCL. Bagaimanapun, kami nekad dan saya percaya kami akan berjaya dengan syarat perlu korbankan apa saja, masa, tenaga dan harta benda.

"Tidur dalam kereta di tepi jalan beberapa tahun awal penubuhan syarikat ini adalah biasa bagi kami suami isteri dan seperti diduga, cabaran silih berganti," katanya.Bagaimanapun, beliau berpegang kepada prinsip 'orang berjaya mencari cara, orang gagal mencari alasan'.

Perjuangan diteruskan untuk meletakkan DCL di pasaran global dan antara syarikat paling berjaya di negara ini."Syukur kepada Allah kerana DCL berjaya melepasi ujian getir dan kini di tahun kesembilan beroperasi.

Malah, kami juga berjaya menembusi pasaran Brunei, Singapura dan terbaru, Indonesia."Tahun lalu kita mencatat penjualan produk tertinggi menerusi rangkaian stokis dan ahli kita dengan jumlah RM36 juta manakala sasaran tahun ini pula RM50 juta.

Ahli DCL juga mencapai 50,000 tahun lalu dan terus berkembang hari ini."Bagaimanapun, kepuasan paling utama ialah apabila kita berjaya melahirkan ahli jutawan dan mengeluarkan mereka yang dibelenggu kemiskinan kepada kehidupan lebih selesa, sekali gus menepati slogan DCL iaitu 'Membina Ekonomi Ummah Berdikari'," katanya.

Stapa juga bersyukur kerana limpahan rezeki itu membolehkannya mengembangkan perniagaan dengan menubuhkan beberapa rangkaian syarikat daripada kecantikan, fesyen, perunding motivasi, percetakan dan restoran.

Namun, bagi Stapa, perjalanannya masih jauh dan beliau ingin membawa seberapa ramai insan untuk berjaya kerana menjadi visinya untuk melahirkan seberapa ramai jutawan Bumiputera yang termampu."

Ini kerana saya percaya kepada janji Allah. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud 'Meskipun sebesar zarah kebaikan, tetap akan dibalas', justeru, berjuanglah dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan daripada manusia."

Saya percaya kepada keikhlasan dalam perniagaan. Kita tidak perlu bersikap hipokrit, membodek dan sebagainya kerana apabila kita ikhlas, pasti Allah akan mengizinkan kejayaan kita," katanya.

Isteri, ibu cetus bara niaga di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada seorang wanita dan bagi Stapa, beliau bersyukur kerana dikurniakan isteri, Azlina Che Abdullah, yang bukan saja begitu memahami, tetapi sanggup 'berenang lautan api' bersamanya untuk merealisasikan impian mereka.

"Bukan mudah untuk mendapat pasangan hidup yang berkongsi satu impian dan bersama kita pada saat susah dan senang untuk memberi kekuatan bagi mengharungi pahit getir dunia perniagaan."

Selain isteri, arwah ibu (Cik Wan Teh Othman) turut memainkan fungsi penting terhadap semangat berniaga dalam diri saya hari ini. Ini kerana sebaik membuka mata di dunia ini, ibu berniaga kuih untuk membesarkan kami 12 beradik.

"Boleh dikatakan arwah ibu adalah tunjang keluarga kerana mencari rezeki untuk kami. Walaupun hanya 'cukup makan', ketabahan dan kecekalan ibu menjadi azimat dalam kehidupan saya hari ini," katanya.

Apabila ditanya rahsia untuk berjaya dalam perniagaan, Stapa memberi beberapa nasihat, tetapi prinsip utama yang harus dipegang seseorang itu adalah bekerja melebihi apa yang perlu dikerjakan.

"Kita tidak boleh bersikap malas dan mengharapkan orang lain. Kita tidak boleh mengharapkan rezeki terpijak, sebaliknya berusaha keras untuk mencapai apa diimpikan," katanya.

Beliau yang bercita-cita untuk membina organisasi kepada orang tua, anak yatim dan orang miskin juga berpesan, kejayaan dalam hidup, terutama kepada ahli perniagaan, ialah keberanian di dalam masing-masing."

Jangan takut jatuh kerana kita perlu bangun semula. Kita tidak akan jatuh selama-lamanya. Layang-layang tidak akan naik tanpa melawan arus angin, justeru apa saja masalah dan cabaran harus dihadapi dengan tabah," katanya.


PROFIL

NAMA: Stapa OmarUMUR: 47 tahun

ASAL: Kampung Meraga, Kijal, Kemaman, Terengganu

PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan dan Sarjana Motivasi dari Open University of Malaysia

ADIK-BERADIK: Anak bongsu daripada 12 beradik

ISTERI: Azlina Che Abdullah

PENGALAMAN KERJA: Pengurus ladang, pengurus kanan pemasaran, perunding motivasi dan jurulatih perniagaan

PENGALAMAN BERNIAGA: Kontraktor, kedai runcit, restoran, pengedar industri jualan langsung dan ejen insurans

JAWATAN SEKARANG:

  • Pengerusi Eksekutif De Classic Life (M) Sdn Bhd;

  • Pengarah Eagle Consultancy;

  • Pengarah D'Navechee Beauty (M) Sdn Bhd;

  • Pengarah Urusan SN Publishing Sdn Bhd;

  • Pengarah Urusan De Classic Manufacturing Sdn Bhd;

  • Pengarah D'Navechee Butik Sdn Bhd;

  • Pengarah D'Navechee Global;

  • Pengarah Nasi Dagang Ulek Mayang;

  • Pengarah Sinar Ramadhan Enterprise;

  • Presiden ClubDCL.Com;

  • Presiden Club D'Navechee

Laman web rasmi Dato Stapa Hj Omar : http://www.datostapa.net/

[ Berminat? Maklumat lanjut @ pertanyaan : duitcukuplumayan@gmail.com ]