Khamis, 26 Februari 2009

Multi-Level Marketing (MLM)

Jualan langsung adalah satu bentuk perniagaan yang produk dijual terus daripada pengeluar kepada pengguna. Terdapat tiga bentuk jualan langsung iaitu jualan melalui Pesanan Pos (Mail-Order), Single Level Marketing (SLM) dan Multi Level Marketing (MLM).

MLM atau juga dikenali sebagai Pemasaran Berbilang Tingkat merupakan satu bentuk perniagaan yang memerlukan pembentukan rangkaian (networking) untuk membolehkan ahli yang berdaftar (pengedar) mendapat komisen atau bonus daripada syarikat apabila berjaya membuat jualan.

Sejarah perniagaan MLM di Malaysia bermula pada awal tahun 1970 an dengan kehadiran syarikat-syarikat asing daripada luar negara seperti Amerika Syarikat dan Taiwan yang mula memperkenalkan konsep perniagaan ini kepada masyarakat Malaysia. Sejak daripada itu perniagaan MLM semakin berkembang dan popular.

Barangan dan perkhidmatan yang boleh didagangkan melalui jualan langsung adalah tidak terhad selagi ianya sah disisi undang-undang. lni termasuklah barangan keperluan rumah, penjagaan diri, kosmetik dan perkhidmatan seperti kad diskaun, rebet dan kad keahlian serta penjualan hartanah seperti lot bangalow dan rumah. Di samping itu, perkhidmatan berkaitan multimedia dan teknologi maklumat juga dipasarkan melalui jualan langsung.

Sehingga Januari 2009, lebih daripada 1000 buah syarikat telah mendaftar di Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi tujuan menjalankan perniagaan jualan langsung. 500 daripada syarikat tersebut menjalankan perniagaan jualan langsung dalam bentuk MLM. Senarai nama syarikat ini boleh di semak di laman web kementerian : http://www.kpdnhep.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=215&Itemid=218


[ Berminat? Maklumat lanjut @ pertanyaan : duitcukuplumayan@gmail.com ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan